Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434H. Semoga anda semua sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Just nak share pengalaman hari raya saya hari ini.
Tahun ini, actually hampir setiap tahun saya sambut Hari Raya Aidiladha di Parit Buntar. Tak pernah beraya di KL lagi ni untuk Aidiladha. Hehe..... Maria tak kisah sangat raya Aidiladha ni, tapi kalau raya Aidilfitri.... Itu memang dia 'berkira' sket.
Fateh dengan baju rayanya. Tema warna ungu. Semua pakai baju sama saja dengan hari raya Aidilfitri hari tu.
Juadah untuk tetamu hari ini, laksa dan juga lemang serta rendang. Semua makanan disiapkan awal hari ini. Sebelum menunaikan solat raya lagi semuanya dah tersedia.
Masa solat tadi, berlaku kekeliruan akibat salah faham. Tapi kesan dia sangat besar. Minggu lepas, kami bermesyuarat untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha pada jam 8.30 pagi. Sekali setiausaha tersalah tulis pengumuman solat start jam 8.00 pagi.
So, berlaku konflik di situ. Orang ramai di kampong ini memang dah terbiasa solat sunat jam 8.30 pagi. So, mereka yang tidak datang berjemaah solat di surau memang expect solat jam 8.30 pagi.
Bilal bertugas pula tak datang masa mesyuarat hari tu. So, bilal hanya baca pengumuman di papan kenyataan mengatakan solat jam 8.00 pagi.
Tepat jam 8.00 pagi dah berhenti takbir bagi memberi laluan kepada ucapan wakil AJK Masjid.
Waktu itu, saya masih berada di rumah lagi. Saya agak terkejut. Saya sangka solat jam 8.30 pagi. Macam mana jam 8.00 pagi dah berhenti takbir. Takkan dah nak solat.
Terus saya berlari ke surau. Rumah saya di hadapan dengan surau sahaja. Setiba di surau, para Jemaah bersiap untuk memulakan solat sunat Aidiladha.
Yang bestnya, imam bertugas pun belum sampai lagi waktu tu. Itu yang saya hairan.
Bilal dah iqamah. Imam belum ada lagi waktu tu. Terus ada imam back up yang menjadi imam. Sebelum memulakan solat, saya sempat memberi tahu imam.
"Kita sepatutnya solat jam 8.30 pagi. Mesyuarat hari tu jam 8.30. Imam pun tak sampai lagi ni."
It's too late. Semua jemaah dah pun buat saf. Imam back up terus memulakan solat. Di hati saya, mesti huru hara ni. Sebabnya ramai lagi penduduk kampong saya yang masih belum tiba di surau kami waktu itu.
Bayangkan, saf wanita hanya ada satu saf pada waktu itu. Jemaah lelaki pun baru ada 2-3 saf.
Habis solat, saya perhatikan ke belakang. Ramai jemaah yang masbuk. Dan ramai juga Jemaah yang baru sampai yang tak dapat bersolat.
Hmm... Mesti kecoh nanti.
Tak perlu lama pun, habis khutbah disampaikan, ketika orang ramai mula bersalaman sudah terdengar bunyi bunyi orang bising kenapa solat awal.
Para Jemaah wanita kemudiannya memanggil saya. Mereka bagi tahu mereka nak solat aidiladha sekali lagi. Sebab mereka datang lewat tadi.
Saya memaklumkan kepada mereka solat sunat aidil adha mesti dilakukan sebelum khutbah. Selepas khutbah dah tak boleh solat dah. Hmmm... Ada beberapa orang yang macam tak puas hati.
Saya cuba menenangkan mereka. "Tak per mak cik, ini solat sunat saja. Insya Allah panjang umur tahun depan kita solat lagi."
Tiba tiba terdengarlah bunyi bunyi tak puas hati, "Saya ni balik beraya di kampong ingat nak solat raya di sini. Tengok tengok nak solat pun tak sempat."
Susah gak tu.... Bukan senang nak handle situasi ni. But... things happen. Nothing much that can we do.
Seperti kebiasaannya, selepas solat para Jemaah di surau dijemput datang ke rumah saya untuk takbir, tahlil dan doa selamat. Kami menyediakan sedikit jamuan ringkas buat mereka.
Para hadirin sedang menjamah selera.
Para hadirin menyerbu tempat hidangan.
Sekitar jam 12.00 tengah hari, saya dan ayah saya pergi ke Sungai Bakap untuk mengambil daging korban yang dilakukan oleh abang saya. Di samping nak tengok lembu yang akan digunakan untuk korban pada hari raya kedua.
Menyaksikan ibadah korban yang dilakukan di tempat penyembelihan.
Membawa pulang daging yang dah siap dilapah untuk diedarkan kepada jiran jiran dan saudara mara.
Para pekerja saya diimport untuk memotong daging.
Memotong tulang rusuk lembu untuk diagihkan.
Mencincang tulang.
Inilah sahaja cerita sambutan majlis hari raya di sini. Esok pagi akan ada majlis korban di surau saya. Semuanya 8 ekor lembu yang akan dikorbankan.
Insya Allah, saya akan menyembelih 2 ekor lembu. Semoga dipermudahkan Allah.
Wassalam.