By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji dan syukur buat Allah yang memberikan rezeki kepada kami sekeluarga bercuti di atas kapal Star Cruise Libra selama 5 hari 4 malam pada 22-26 Nov 2017.
Perjalanan kami adalah dari Port Klang - Langkawi - Phuket - Penang - Port Klang.
Alhamdulillah, sebenarnya percutian ni adalah PERCUMA, dan ditaja sepenuhnya oleh SHAKLEE atas pencapaian bisnes kami sepanjang tahun 2016.
Anda boleh baca entry sebelum ni di sini:-
Alhamdulillah, ini adalah trip kami yang ke-6 sepanjang aktif dalam bisnes Shaklee sejak 2013:-
Bagi saya, ia satu pengalaman yang sangat menarik. Saya dah pernah naik cruise macam ni dulu masa study di UK. Tapi, ini pengalaman pertama bagi Maria dan Mak kami.
Day 1 - Kuala Lumpur - Port Klang - Cruise
Beg kami bawa tak besar sangat. Kecil jer. Just untuk 5 hari 4 malam.
22hb November 2017, kami berkumpul di Shaklee Branch di Sri Rampai sekitar jam 4 petang.
Kami dapat duit untuk belanja makan di Penang nanti. Trip yang Shaklee berikan ini dah cover makanan keseluruhannya, kecuali ketika makan tengah hari di Penang. Kami kena makan sendiri. So, Shaklee beri duit makan untuk kami.
Best... Memang best.
Kami semua diberikan name tag.
Shaklee sediakan bas untuk kami dari Sri Rampai ke Port Klang.
Penerangan dari Tour Guide.
Kami diberikan satu borang untuk Captain's Nite Dinner. So, kami kena pilih tempat kat mana nak makan. Ada banyak pilihan restoren untuk kami.
Sekitar jam 5 petang, kami tiba di Boustead Cruise Centre. Tempat kapal berlabuh.
Selamat jalan. Bon Voyage.
Let's go.
Tunggu sekejap sementara menunggu giliran untuk boarding naik kapal. Ada sekitar 1000 orang akan naik kapal hari ini.
Setiap dari kami diberikan Cruise Card. Ini akan jadi kami punya "Passport" sepanjang berada di atas cruise ini. Pihak cruise menyimpan passport kami dan gantikan kami dengan kad ini.
Di sini ada nombor kabin, emergency Assembly Station. Kad ini adalah kad elektronik. Sekirananya dalam kapal nanti kita nak beli barang, kita tak perlu guna duit. Kita hanya perlu guna kad ini sahaja.
It's time to go. Jom beratur naik kapal.
Sebelum naik, setiap penumpang kena scan macam nak naik kapal terbang. Tak boleh bawa pisau dan barang barang berbahaya.
Ok, kita keluar dari bangunan dan terus menuju ke kapal. "Welcome Shaklee Members".
Maria bergambar dengan mak sebelum ke jeti
Kena jalan sekitar 100 meter untuk menuju ke kapal.
Rasa teruja dan tak sabar untuk naik kapal cruise ini.
Dihujung sana adalah Port Klang
Since ramai penumpang kapal ni Shaklee, so kira Shaklee boleh letak banner ni kat badan kapal.
Bersama geng geng Shaklee kami. Yusri, Nadia dan Din.
Just before naik kapal
Kami diberikan bilik di Deck 3.
Ada banyak lift dalam kapal ni. Boleh naik lift dari Deck 1 - Deck 9.
Bagi yang bawa beg besar, kita boleh tinggal saja beg di bangunan masa check in tadi. Mereka akan hantar beg ke bilik kita.
Seriously, kapal ni sangat panjang. Sekitar 700 kaki. So, bayangkanlah kalau dari depan nak kebelakang. Memang jauh la.
Dalam bilik, ada dua katil. Bilik sangat kecil. Ada life jacket lagi. Ada almari kecil untuk sidai baju. Kalau nak solat, memang atas katil jer la..
Bilik air pun cute ajer. Sangat kecil.
Tandas dan sebelahnya bilik mandi.
Dapat surat ucapan tahniah dari Shaklee.
Since kami naik kapal sekitar jam 7 malam. Lepas masuk bilik, kami diminta naik ke Pool Deck tingkat 9 untuk makan malam.
Makanan dalam kapal ni sangat banyak. Dan Subhanallah. Sangat sedap. Free flow. "Selagi larat makan, ko makanlah."
Pilihan lauk pula sangat banyak. Udang ada, kambing bakar ada, mee ada, nasi ada. Terasa sangat 'heaven' di sini. Alhamdulillah, makanan di sini halal. So, tak perlu risau.
Jagung bakar dan udang bakar. Nak banyak mana, ambil jer. Dia tak marah.
Tengoklah udang kami ambil, sepinggan. Jenuh la nak makan.
Our close group.
Then pihak kapal buat sedikit persembahan dari anak kapal.
Ada swimming pool untuk orang dewasa atas kapal ni. Kedalaman maksimum adalah 2.2 meter.
Ni pula untuk kanak kanak. Kedalaman sekitar 80 cm.
Jam 9 malam, kami ada "Fire Drill". Ia adalah ACARA WAJIB untuk semua orang yang naik kapal ni. Kami mesti faham dan tahu cara menyelamatkan diri in case ada emergency semasa kapal bergerak nanti.
Taklimat diberikan di dalam dewan.
Semua orang diajar untuk memakai life jacket dengan betul.
Then kami di bawa ke luar tempat bot penyelamat. Maksudnya, in case of emergency dan jika perlu tinggalkan kapal, kami perlu menaiki bot penyelamat ini.
That's all untuk hari pertama. Kami diberi ruang untuk berehat di bilik.
Day 2 - Cruise - Langkawi
Di atas kapal ini, ada banyak restoren untuk makan. So, kita boleh pilih nak makan di mana. Dalam banyak banyak restoren, hanya restoren Spices sahaja yang dapat Certificate Halal. 2 restoren lain iaitu Four Seasons dan Mariners turut menyediakan makanan yang halal, cumanya tidak ada certificate. Ini kerana di situ penumpang boleh beli arak yang dijual di kaunter.
Since di situ ada "Arak", so ia tidak diberikan sijil halal walaupun makanannya semua halal.
So, kita boleh pilih nak makan di mana mana.
Atas kapal, hanya ada satu restoren sahaja yang tidak halal langsung iaitu Oceanview. Ia memang khusus untuk Non Muslims.
Setiap kali masuk makan, kita kena swipe kad. Sebabnya, kita hanya dibenarkan makan di satu restoren sahaja setiap kali waktu makan. Contohnya, kalau breakfast dan makan di Spices, tak boleh lagi nak masuk makan breakfast hari yang sama di restoren lain pula. Kalau nak makan di restoren yang kedua juga, kita kena bayar lain.
Duduk sebelah Din makan breakfast pagi ni. Sejujurnya, saya ni jenis jaga makan. Tapi di atas kapal ni, huhu. Iman tak kuat. Makanan sedap sedap. Saya main belasah aja makan. Nasib lah, nanti balik dietlah lain.
Ok, acara pertama kami pagi ini adalah bersenam. Then ada pertandingan Treasure Hunt atas kapal ni.
Tiba di tempat berkumpul di Deck 9.
Semua orang mula mengambil tempat untuk bersenam beramai ramai.
Setengah jam juga dok bersenam ni.
Then group photo. In total kami semua ada sekitar 350 orang.
Ok, ada taklimat ringkas mengenai Treasure Hunt. Dan hadiah hadiah yang diberikan pun memang menarik. Main betul betul hari ni, hadiah claim esok ketika di Phuket.
Group kami, dah siap sedia untuk beraksi.
Mak dan mak mertua saya pun join sekali. Tapi mereka berdua tak lah gi lari lari. Just duduk sini, berdoa untuk kejayaan kami.
Alhamdulillah, kami berjaya siapkan semua soalan dalam tempoh 40 minit. Kami jadi group yang ketiga submit jawapan. Keputusan akan diumumkan pada waktu malam nanti.
Dapat cenderahati sebab join. Cenderahati pun bukan main main, harga RM100. Tak rugi join.
Habis main sekitar jam 12 tengah hari. So, kami terus lunch. Kali ni kami makan di Spices. Lauk di sini lebih kepada selera orang Malaysia. Ada kari sket dan pedas pedas sket.
Ternyata. Super duper sedap. Baru lah rasa nasi minyak, kari kambing, ayam masak merah. Huhu.. Sedap sangat. Alhamdulillah.
Dah makan kenyang.
Bersiap sedia untuk balik ke bilik. Jam 3 petang nanti kapal akan berlabuh di Langkawi. Dan kami akan membeli belah di Pantai Chenang.
Seriously, mak dan mak mertua sangat gembira dapat mengikuti cruise ini.
Di hadapan kapal.
Sekitar jam 3 petang, kami tiba di Langkawi.
Ok,. semua dah tak sabar nak turun.
Kita beratur dulu untuk turun. Hehe.. Inilah cara orang Malaysia "Beratur".
Di Langkawi. turun aja dari kapal. Kami di bawah ke Pantai Chenang untuk shopping dengan bas. Ada 10 bas semuanya. Satu bas 35 orang.
Tiba di tempat Shopping, apa lagi. Belasah aja lah beli.
Kegemaran Maria. Setiap dari kami hanya dibenarkan membeli coklat di bawah RM500 sahaja. Ia macam peraturan di Langkawi. Sesiapa yang tinggal di Langkawi kurang dari 72 jam, tidak entitle untuk beli barang bebas cukai banyak banyak. Boleh beli sket jer.
Sekitar jam 6, kami dibawa balik ke kapal.
Sementara kami dok shopping, ada satu kren dok angkut pindah keluar sampah dari kapal dan masukkan barang barang makanan ke dalam kapal.
Maria bergambar dengan mak dia. Kam Maria vs Kammariah. Nama anak ngan mak pun nak sama.
Ok, jom naik kapal balik.
Wajah wajah tak puas shopping kat Langkawi sebab kejap sangat.
Hujung sekali tu, Kak Lang. Kakak kepada Maria.
Balik bilik, Shaklee bagi surprise gift kepada kami. Botol air dan juga beg.
Macam paham paham ajer Shaklee ni. Tahu ajer kami shopping banyak dan perlukan beg tambahan. hehe.
Malam pula, kami ada makan malam Shaklee di pool deck. Temanya adalah "Sarong". So setiap orang mesti pakai kain pelekat atau batik. Tak kisah nak letak kat mana pun tak pa. Janji ada "Sarong".
Ada yang pakai sampin ajer. Macam macam style lah. Again, makan malam ni sangat mewah.
Peminat seefood, western, nasi, kambing bakar, semuanya ada.
Jemput makan yer. Nak minum air apa? Air kelapa? Air tembikai? Air oren. Semua ada. Fresh lagi...
Bila naik ke atas lambat, tak dapat duduk sekali sebab semua meja dah penuh. Huhu. Duduk lah asing asing.
Siap ada ais "S.H.A.K.L.E.E" lagi.
We love Shaklee.
Tibalah masa pengumuman keputusan Tresure Hunt pagi tadi. Team kami dapat tempat kedua. So, semua orang boleh naik Parasailing PERCUMA. Alhamdulillah. Kami target nombor satu, tapi dapat nombor dua. Bersyukurlah. Kredit to my biras. Hafiz yang pegang kertas tu. Dia lah back bone of the team. Berlari laju ke sana ke sini. Pendek kata, dia lah yang cari semua jawapan. Kami yang lain "Tolong Saport" ajer. Hehe.
Part of The Great Leaders Circle team.
Simple ajer baju kami hari ni. Pakai macam ni jer. Baju baju ini dibeli di Butik Dimimi. Jika berkenan. Boleh klik link ini.
Then jalan jalan pusing kapal.
Waktu malam, ada show. So, kami stay di tempat tu selama sejam. Since malam ni ada pertunjukan silap mata oleh James Long.
Contoh magic beliau. Tengok minit ke 1:58, boleh tengok antara benda yang dia "Terkantoi". Kami tak boleh ambil video / gambar masa persembahan. So, saya cari video di Youtube ajer.
Day 3 - Cruise - Phuket - Cruise
Untuk makluman anda, kalau kita naik cruise ni, bila sampai kat tempat melawat, ia tidak termasuk dalam pakej yang kita ambil.
So, kalau nak jenjalan contohnya di Langkawi, Phuket atau Penang, kita kena urus sendiri.
Tapi jangan risau, bila kita turun sahaja, ada banyak van sedia menanti untuk bawa kita jalan jalan.
Atau.
Kita boleh terus tempat ambil pakej dengan syarikat Cruise ini di atas kapal. Boleh rujuk di Reception atas kapal kalau nak tahu detail.
Kami diminta berkumpul di dewan jam 8 pagi sebelum disembark dari kapal.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, jam 9 pagi baru semua bertolak turun. Huhu.
Shaklee bekalkan kami Performance Drink. Air ni boleh beri tenaga tambahan kepada kita. Maklumlah hari ni kami nak jalan jauh dan banyak aktiviti luar. So, performance drink sangat sangat membantu.
Di Phuket, tak ada port. So, kami dipindahkan dari kapal besar menggunakan bot.
Bot kecil ini pindahkan kami ke pantai.
Babai Star Cruise Libra. Kami jalan jalan dulu yer.
Tiba di Patong Beach.
Bergambar dulu di tepi Patong Beach. Kalau anda yang tak nak ambil mana mana pakej masa turun di sini, anda just boleh luangkan masa di Patong Beach. Di sini pun dah ada banyak program yang boleh buat. Ada jet ski, ada para sailing, ada banana boat dan lain lain lagi.
Then naik boat lain pulak, kami menuju ke satu tempat private untuk jalankan program khusus untuk kami sahaja.
Bot ni ambil masa 15 minit untuk sampai ke Private Island.
Sampai saja di pulau ini, semua orang memulakan aktviti memasing. Mereka yang dapat hadiah treasure hunt semalam, dah boleh menjalankan aktiviti memasing.
Group kami dapat hadiah para sailing. So, kami layankan aja. Mak mak pun sanggup naik, apa lagi. Semua orang naik.
Dengan lafaz bismillah, saya naik ke atas. Semoga semuanya selamat.
Mak saya pun naik jugak.
Maria pun naik juga
Mak mertua saya pun naik juga.
Dah sampai atas
Kami diturunkan perlahan lahan.
Sampai sentuh air, then dinaikkan balik.
Seriously best.
Kami semua tak pernah naik parasailing ni. Semua first time. Harga kalau nak naik sekitar RM200. Alhamdulillah, dapat hadiah dari Shaklee. Syukur.
Then... Makan. Pilihan lauk jangan cakap lah. Memang tersangat banyak dan sedap sedap.
Semua orang dapat ambil air kelapa seorang satu.
Satu jer nak cakap, sedap, kenyang, puas hati.
Alhamdulillah. Sepanjang trip ni, part of my job. Makan, makan, makan dan makan.
Banana Beach.
Selesai makan, kami mandi dan bersiap untuk ke pulang ke Patong Beach dan seterusnya ke kapal.
Boat memecut laju meninggalkan Banana Beach.
Tiba di Patong Beach untuk shopping
Di sini, kami ada masalah untuk shopping. Masa yang diberikan sangat pendek. Dan kami tempat shopping pulak langsung tak best. Kami dah bawa banyak duit Baht, tapi akhirnya pakai sedikit sahaja.
Dah tak cukup masa. Terpaksa patah balik ke cruise. Bagus mak saya ni, tasbih sentiasa boh kat jari. Sambil berjalan sambil berzikir.
Babai Patong Beach. Ikhlas saya katakan, Krabi lagi best dari Phuket.
Naik boat yang akan bawa kami ke kapal Star Cruise Libra.
Dah nak sampai.
Haa.... Bilik kami kat tepi ni la.
Ok naik balik kapal besar. Malam ni adalah Captain Dinner.
Jam 6:30 kami berkumpul di Spices Restaurant.
Confirmation location.
Masuk masuk, kami dijamu dengan manisan dahulu.
Kek pun ada.
Pilihan lauk. Apa lagi, terpaksa pilih lobster.
Subhanallah. Besarnya lobster ni. Ada nasi minyak, ada ayam masak merah, ada ikan masak kari dan daging masak hitam.
Kami kena pakai baju santek santek dan formal malam ni.
Mak dan mak mertua ku. Sorang order lobster. Sorang ambil ikan.
Then jalan jalan pusing kapal.
Then kami pergi tengok pertunjukan magik selama satu jam.
Ni kapten kapal kami, umur 57 tahun dari Sweeden.
Bersama pegawai pegawai dalam kapal.
Ambil gambar sekitar kapal.
Ada 3D photo.Nampak cam real ajer kan. Hehe.
Maria ni, kene la buat muka macam cawan tumpah. Ni cawan tumpah, tapi dok senyum.
Senyum ajer.
Tarik jangan tak tarik.
Lepak kat poool deck kejap.
Hujan sket sket kat atas ni.
Day 4 - Cruise - Penang - Cruise
Hari keempat, kapal kami tiba dari Phuket ke Penang.
Sarapan pagi kami pagi ini di Mariners
Sekitar jam 11 pagi, kami turun dari star cruise.
Kami di bawa ke area Jalan Penang, since dah dekat dengan Nasi Kandar Line Clear. So, kami makan kat sini saja. Nasi Kandar + Kari Kepala Ikan + Ayam Madu + Ayam Goreng + Sayur.
Ni kali ke tiga saya makan di sini.
Harga makanan semua ni untuk 9 orang adalah RM180.
Then kami ke Pasar Chowrasta. Untuk sesiapa yang nak beli souveniur, boleh beli di sini.
Di Penang, ada basikal untuk di sewa.
Then kami di bawa ke KOMTAR. Kompleks Tun Abdul Razak. Dulu masa belajar kat SMKA Al Mashoor (L), Komtar ni kira macam tempat bermain la.
Dah sampai di atas.
Kami di bawa naik ke The Top. Skybridge. Nak naik atas ni kena bayar RM60. Tapi, Alhamdulillah, Shaklee dah bayarkan untuk kami.
Senyum ajer. Tak takut ker....
Maria dan Kak Lang.
Mak pun merasa naik. Even komtar tak jauh dari rumah kami, tapi kami pun tak pernah naik atas ni. Skybridge ni baru buka tahun ni sebagai daya tarikan baru di Pulau Pinang.
Been there, love it, done that.
Bergambar kejap sebelum kena cepat cepat turun balik untuk pulang ke boat.
The Top. Jom balik.
Beratur dekat dekat dengan jeti untuk naik balik kapal.
Dekat area Padang Kota.
Naik kapal, kami terus makan malam. Kali ni makan di Four Seasons.
Mak
Masa nak makan malam ni, saya dah terlalu kenyang. Teramat kenyang. Makan tengah hari di Nasi Kandar Line Clear tengah hari tadi pun penuh perut lagi.
Lauk tak sedap, kami naik ke atas Mariners pulak. Saja nak minum minum ajer.
Pool Deck. Our last night.
Day 5 - Cruise - Port Klang
Pagi hari ke lima, kami sampai kembali ke Port Klang. Tempat kami berlepas tempoh hari.
Gambar kenangan bersama Superstar Libra
Panjang kapal ni adalah sekitar 700 kaki panjang. Boleh memuatkan 2000 penumpang dan anak kapal. Masa kami naik, ada 1300 penumpang dan 700 orang krew.
Maria dan Kak Lang.
Last photo, Maria Firdaus.
Kami di bawa pulang ke Shaklee Branch di KL. Dari situ, kami pulang ke Keramat. Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih atas nikmat dan peluang yang diberikan kepada kami menaiki kapal ini secara PERCUMA.
Terima kasih Shaklee.
Jika anda yang baca blog ini ingin menjalankan bisnes Shaklee dan menikmati tawaran tawaran hebat dari Shaklee seperti ini, anda boleh hubungi Maria untuk jalankan bisnes Shaklee.
Jangan risau yer, buat bisnes Shaklee sekarang dah tak macam dulu. Kita buat secara online sahaja. Dah tak perlu nak terjah terjah rumah orang. Orang yang akan datang cari kita Insya Allah.
Wassalam.
Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others