Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Laporan Seminar Jutawan Industri

$
0
0
Assalamualaikum,
 
Malam tadi, saya berkesempatan untuk berjumpa dengan guru saya dalam bisnes iaitu Dr Azizan Osman. Beliau datang ke Penang malam tadi untuk program Seminar Jutawan Industri 2013 yang bertempat di Sunway Carnival.
 
Kehadiran dalam 3000 orang. Ramai sangat warga Penang, Kedah, Perlis dan utara Perak yang hadir ke seminar sini.

 
 
Program bermula selepas jam 8.00 malam.
 



Bayangkan, boleh penuh satu dewan 3000 orang. Yang best, ianya PERCUMA.



Para peserta warm up. "Bara bara bere bere" dulu.



Program perkongsian bermula. 'Superb'. Ada kawan saya duduk di barisan hadapan sekali.


 
Semua orang sedang focus dengan perkongsian yang Dr Azizan berikan.
 
 
Ini sahabat saya Khairunizam. Beliau dapat hadiah buku baru yang ditulis oleh Haji Asri mengenai pelaburan saham bernilai RM25. Beliau belajar dari pengalaman saya dahulu untuk mendapat hadiah.
 
Duduk dibarisan hadapan.  Dan kalau Dr Azizan atau sesiapa saja panggil untuk nak beri hadiah. Cepat cepat meluru ke hadapan. Kena berani bertindak. Kena pantas bertindak.
 
Samalah dalam kehidupan kita, jika kita berani dan pantas bertindak. Kita akan dapat mencapai sesuatu impian. Tetapi, jika kita hanya berimpian, tetapi terhegeh hegeh bertindak. Kita tak akan dapat apa apa. Sebaliknya, orang lain yang bertindak yang akan dapat.
 
 
Testimoni peserta seminar jutawan industry tahun lepas. Umur 24 tahun. Dah touch RM1 juta.
 
Actually, semalam Dr Azizan Osman ada berkongsi banyak kisah kejayaan para peserta yang datang ke program jutawan industry tahun lepas. Terlalu ramai yang bisnes mereka melonjak tinggi selepas menghadiri kursus ini.
 
Even kursus semalam tu free, banyak yang saya belajar. Ada juga ilmu yang saya 'recall' dari ilmu ilmu yang dah dipelajari dahulu. Seronok sangat. Ada lagi idea tambahan apa yang boleh saya lakukan untuk memajukan lagi perniagaan saya.
 
JIKA ANDA BERKELAPANGAN
 
Saya ingin mencadangkan kepada anda di luar sana. Ambillah peluang untuk pergi ke Seminar Jutawan Industri anjuran Dr Azizan Osman. Insya Allah, ia akan mengubah hidup anda ke arah yang lebih luar biasa.
 
Hari ini, 19/9/2013 akan berlangsung satu lagi SEMINAR JUTAWAN INDUSTRI percuma di Ipoh Perak dan pada 22/9/2013 akan berlangsung di Shah Alam Convenction Centre.
 
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari www[dot]jutawanindustri[dot]com.
 
JIKA ANDA BERKEMAMPUAN
 
Jika anda berkemampuan, pergilah ke program INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI yang akan diadakan pada 27-29 September ni bertempat di PWTC.
 
Harga untuk program intensif ini adalah RM997 seorang. Tetapi, jika anda pergi ke kursus di Ipoh atau di Shah Alam ini dan kemudian anda buat full payment pada hari itu. Anda akan dapat bawa seorang lagi rakan  anda SECARA PERCUMA.
 
Trust me, program ini tersangat bagus. Insya Allah.... Ia akan memberi sesuatu kepada anda.
 
Semoga entri ini bermanfaat untuk kita semua.
 
Wassalam

* Di sebelah kanan atas blog ini ada ABOUT MARIA FIRDAUS dan GOOGLE+ FOLLOWERS. Jika tidak keberatan, saya mohon anda klik button FOLLOWING di dua tempat itu. Saya minta tolong sangat-sangat, ini amat penting bagi menaikkan 'Rating' blog Maria Firdaus di Google. Jutaan terima kasih buat anda yang membantu saya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles