Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Travelog Turki - Day 5 (Part 1) - Hot Air Ballon In Cappadocia!

$
0
0

By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum, 

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab, Amin. 

Ini adalah sambungan dari entry sebelum ni:-



Hot Air Balloon in Cappadocia

Alhamdulillah, harini 17 Oct 2017, kami berpeluang merasai pengalaman pertama dalam hidup naik Hot Air Balloon. Antara salah satu pengalaman yang sangat best dalam hidup kami. 

Hot Air Balloon ni biasanya akan naik pada awal pagi, waktu sunrise saja, dan turun semula dalam jam 8 pagi. 

So harini kami kena bangun seawal jam 4.30 pagi. Pukul 5 pagi, van dari company hot air balloon jemput kami di hotel dan bawa ke tempat berkumpul. 


Jam 5.30 pagi kami sampai ke tempat berkumpul. Masa ni waktu Subuh baru je masuk. Kami dah siap-siap ambil wuduk dari hotel tadi. So sampai je terus solat kat area yang disediakan. Ada ramai lagi pelancong dari tempat lain sama-sama tunggu di sini.


Light breakfast disediakan macam juice, coffee, tea, cakes dan biscuits. Simple snacks ajer. Maybe diorang nak elak penumpang rasa nak muntah masa flight nanti, kot la ada yang mabuk udara. Hihi.


Jam 6:30 pagi, kami di bawa ke tempat berlepas dengan van. Subhanallah, padang yang sangat luas dengan pemandangan beratus belon tengah bersedia nak berlepas. 


Our first experience. So excited!!


Belon yang kami akan naik ni sedang diisi dengan udara panas.


Jam 6:50 am kami dipanggil naik ke dalam bakul. 


Semua dah tak sabar nak naik!


Bakul kami boleh memuatkan 16 orang penumpang dengan 4 partition. Sepatutnya 4 orang setiap partition, tapi partition kami hanya kami bertiga saja. So memang best lah sebab banyak ruang nak bergerak. 


Pemandangan dari dalam bakul.


Sambil tu kami pun baca lah macam-macam doa, termasuk doa naik kenderaan, doa selamat, selawat, mengucap dan berzikir. Nervous wooo...


Pilot kami, beliau kata dah 8 tahun pengalaman mengendalikan hot air ballon ini dan sudah memiliki 3000 flight hours. Kira memang berpengalaman lah. 


Belon belon lain sudah mula naik ke atas.


"To infinity and beyond...."


Dah naik ke atas pada waktu ni


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...


Harini saya pakai baju Kurta Shahmi dari Butik Dmimi, Parit Buntar. Memang kemas dan selesa dipakai. 


Maria pulak pakai blouse atau Tunic Marjeena dan Instant Shawl light brown yang juga dari Butik Dmimi, Parit Buntar. Cantik dan kemas jahitan baju-baju dari butik ni tau. Bolehlah jamu mata dan dapatkan koleksi baju lelaki dan perempuan di Facebook Page Butik Dmimi. 


Cuaca masa ni sebenarnya sangat lah sejuk. Tapi kami gigih bukak jaket kejap sebab nak ambil gambar baju hihi. Jom support bisnes kawan-kawan :)


Kami terbang tinggi di udara.


Maha Suci Allah, pemandangan Cappadocia memang menakjubkan. Batu-batu ni dipanggil The Fairy Chimneys sebab bentuknya macam serobong asap. Tapi macam bentuk cendawan pun ada jugak. Ia terjadi secara semulajadi akibat kesan letusan gunung berapi dan hakisan yang terjadi sejak jutaan tahun dahulu.


Setiap hari mereka buat limit 130 belon saja boleh terbang at one time. Tempat biasanya terhad. So memang kena booking sehari sebelum kalau nak naik. 


Lagi pemandangan indah Cappadocia dari udara. 


Ada jer company belon yang turun ikut lurah bawah tu. Hehe... Terbang tinggi selamat sikit, tak berlanggar dengan gunung tu.


Anda tahu tak? Hot air ballon hanya boleh dikawal ketinggian dan rotation sahaja. Pilot tak boleh tentukan direction dan speed, which ianya bergantung kepada angin. So kalau angin sangat kuatSEMUA FLIGHT AKAN DIBATALKAN. Dan duit akan dipulangkan. Ini memang Flight Aviation Law di Cappadocia.


Tempoh di udara sekitar 50 minit - 70 minit. Ia bergantung kepada keadaan angin dan tempat landing. Bila dah cukup 50 minit, mereka akan mula cari tempat landing yang sesuai.



Seronok dapat tengok sunrise dari atas ini.


Gambar dari dalam bakul.


Dah nak landing. Kami berada di udara sekitar 1 jam.


Belon ni akan landing tepat tepat atas lori ni supaya senang mereka nak bawa balik.


Safely landed. Cuba tengok di tengah tengah atas tu, penutup atas tu dikecilkan supaya udara boleh keluar di atas dan belon akan menguncup dengan sendirinya.


Belon ditarik ke sebelah tepi supaya tak tutup bakul kami.


Alhamdulillah, misson accomplished!


Sama-sama tolong kempiskan belon tu balik.


Lepas tu ada small celebration of our success. Apple juice saja tu. No alcohol.


Cheers! :)


Setiap orang dapat flight certificate.  


Last photo sebelum berangkat balik.


Alhamdulillah. Hati sudah gembira sebab naik dan turun dengan selamat. Van hantar kami pulang ke hotel, sampai di hotel dalam jam 8.50 pagi. Jam 9 pagi kami naik bas dengan group semula untuk ke destinasa seterusnya di Cappadocia.  

P/S : Sebenarnya Tour Guide kami charge USD 200 seorang untuk naik Hot Air Balloon ni. Tapi kami dapat naik dengan harga USD 80 seorang saja, tanpa melalui Tour Guide group kami. Jika anda ingin tahu caranya, sila hubungi saya di 019-5782515. 

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Sebegini, Sila Hubungi Nombor Di Bawah Yer



Harga yang ditawarkan adalah RM3999 + RM200 ( Tipping ) = RM4199 Sahaja.. 
Trip Untuk Tahun 2018 Sudah Dibuka Sekarang.

Jika berminat, anda boleh Whatsapp :  019-302 6460

Cakap ajer, nak pakej Turki macam Maria Firdaus ambil. 

Atau Klik Link Ini : http://bit.ly/kembarasufi-turkey Anda Akan Direct Whatsapp Ke Kembara Sufi

Jika Ada Mana Mana Travel Agen Yang Ingin Mendapatkan Khidmat Penulisan Berinformasi Sebegini Dalam Trip Anda, Sila Hubungi Saya. 019-5782515. Just Bawa Saya Ikut Trip Anda Dan Saya Akan Mempromosikan Syarikat Anda Secara Percuma.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 919