Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Review Kari Kepala Ikan Nasi Kandar Line Clear, Penang

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan Allah beri kelapangan kepada anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my 

Semoga Allah bantu kita semua dan diberi kelapangan hidup dunia dan akhirat.

Review Kari Kepala Ikan Nasi Kandar Line Clear

Saya ada seorang sahabat yang rapat dengan saya, Okaz. Duduk di Machang, Kelantan. Tapi kampung dia berdekatan dengan rumah saya.

So semalam dia balik kampung dan dia kata teringin nak makan Kari Kepala Ikan Nasi Kandar Line Clear.

Wallawoi.

Nak kena pi Penang la pulak. Tapi kawan ajak punya pasal, saya meraikan la juga.


Kami pi 3 orang. Wahhh.. Kesedapan terserlah diwajah Okaz. Belum makan lagi dia punya senyum dah lain macam. 


Zoom sikit kari kepala ikan ni. Memang tersangat besar. Satu kepala ni harga RM65. Ikan apa saya pun tak pasti. Saja teringin nak makan. Balun sajalah.

Review :

i. Dari segi harga, saya rasa macam not bad. RM65 untuk satu kepala ni. Nak kata murah sangat tu tak, tapi tak lah mahal sangat.

ii. Dari segi sedap, Alhamdulillah. Memang sedap. Cumanya, kalau nak lagi sedap, anda kena campur kuah di nasi anda dengan kuah kuah lain dekat kaunter tu.

Kalau setakat kuah kari ni saja, tak cukup menangkap lagi.

iii. Ambil sekali dengan papadom, ayam goreng dan sayur.

iv. Secara kesimpulan, SEDAP. Boleh pi.

Sekian review dari saya.

Wassalam.

Maria Firdaus 
Motivating And Inspiring Others

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles