Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Shaklee Free Trip To Japan - Day 4 - Strawberry Picking And Shiba Sakura Flower Festival

$
0
0


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my  sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dari Allah.

So, ini adalah sambungan dari entry sebelum ini:-



Ini adalah 5-Star trip yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia. 

Sebenarnya, kami dapat 3 tiket untuk ke Jepun. Tapi disebabkan Shaklee tidak menggalakkan kami membawa mak / mak mertua yang ada masalah lutut, maka kami pergi berdua sahaja kali ini. 

Satu tiket extra itu kami convert kepada 4 tiket Trip Cruise Penang - Phuket - Krabi - Penang pada November 2017 nanti. 

Bestkan buat Shaklee... Super duper best !!!!

Modal kecil, buat online, guna teknik yang betul, bonus berkepok kepok. Alhamdulillah. 

Boleh buat dari rumah. Tak perlu mengadap jammm hari hari. Boleh tengok anak anak membesar depan mata. 

Syukur, Allah beri banyak nikmat kepada kami sekeluarga melalui Shaklee. 

Ok, kita sambung perjalanan kita pada hari ke 4.

Day 4 Itenary

Untuk hari ke empat kami di Jepun, ini yang bakal kami lalui.

i. Strawberry Picking di Ishihara Nojo
ii. Melawat Shiba Sakura Flower Festival at Fuji Motosu - Pink Moss
iii. Gala Dinner - Malaysian Night di Imperial Hotel Tokyo
iv. Jenjalan Shopping - Jalan Sendiri

So, jom layan gambar gambar yang sempat Maria ambil sepanjang hari ke empat ini.


Untuk trip kali ini, kami kena check out terus dari hotel. Naik bas dan terus ke strawberry picking.



Berhenti sekejap di RnR untuk toilet stop, saya nampak ada banyak bunga bunga yang cantik di sini. So layan gambar dulu. 


Warna pink


Warna merah


Warna pink lagi


Warna kuning

Strawberry Picking

Di Jepun, Shaklee mahu kami merasai sendiri pengalaman mengutip strawberry dan makan sampai puas.

Kami diberi masa sekitar 45 minit untuk berhenti, kutip dan makan sebanyak yang mungkin.

Tapi kami tak dibenarkan untuk tapau atau bawa balik.


Tour agen membawa kami ke ladang strawberry


Mula mula mereka bagi kami bekas untuk cicah dengan susu dan letak tangkai strawberry


Apa lagi... Serbu masuk jom


Saya dan Maria masuk awal ke dalam ladang ni. Hehe. Bila masuk awal boleh la dapat yang besar besar. 


Rasanya.. Subhanallah. Memang sedap. Masa memula masuk. Kami kutip dulu yang besar besar. Hehe.. Dah penuh bekas, berhenti makan kejap. Then sambung kutip lagi.


Semua orang dah mula serbu strawberry ini.


Memang banyak buah. Rasanya tak perlu berebut sebab memang ada banyak pun. Tinggal larat tak larat nak makan jer lagi.


Kesedapan sehingga menjilat jari


Pendek kata, makan sampai kenyang lah... Alhamdulillah.


Masa bergambar ni, tinggal yang kecil kecil ajer lagi. Haha. Yang besar dah kena rembat.


Boleh kata puas la kami makan.


Geng geng Shaklee yang lain


Geng geng dari kaum Cina yang turut buat Shaklee. Auntie baju hijau tu umur 88 tahun. Tapi, tahap kesihatan dia. Masya Allah. Saya tengok dia berjalan, fuhhhhhhhh.... Kuat sungguh, naik tangga 6 tingkat bangunan pun steady lagi. Dah bertahun tahun mak cik ni konsisten makan Shaklee.


Ambil gambar orang yang sedang ambil gambar

Fuji Shiba Sakura Festival

Habis puas makan strawberry, next destination kami ke taman bunga pula.

Perjalanan dari strawberry ke taman bunga ini mengambil masa sekitar 1 jam.


Tiket masuk. Semuanya dah dibeli siap siap oleh Shaklee. Kami ni tinggal bawa diri ajer. Best ke best? Memang best la kan.


Jojo sedang beri briefing keseluruhan kawasan taman bunga ini


Ada bermacam macam makanan dan minuman dijual disini. Masalah utama nak mencari yang halal.


Jom serbu


Subhanallah. Dari jauh terserlah kecantikan bunga bunga di taman ini. 


Tapi saya rasa bunga ni tak cukup mekar lagi. Kalau betul betul mekar rasanya lagi cantik.


Seperti biasa, model model Shaklee beraksi dulu


Ni ESP. Soy Protien Powder. Sangat sesuai untuk memberi tenaga tambahan kepada kita. Selain itu, ESP juga boleh bantu untuk menurunkan berat badan, boleh membantu ibu mengandung, ibu bersalin dan ibu menyusu. 

Pendek kata ESP ni salah satu killer product Shaklee. Ader ke yang nak tahu lebih detail mengenai ESP ni, boleh PM Maria yer. 019-2592731,


Close in bunga tulip 


Dalam berjuta juta bunga di taman ini, saya pilih bunga ini. Hehe.. 


Mereka buat "Gunung Fuji". Di Jepun, Gunung Fuji ni macam menjadi satu ikon dan kebanggaan orang Jepun.


Cinta Bersatu di Gunung Fuji


Gunung Fuji yang sebenar terletak di belakang tu...


Naik atas jambatan for a better view of this garden


Saya rasa, belum semua bunga ini mekar berkembang sepenuhnya lagi. Sebab kita boleh nampak warna warna hijau lagi.


Dari jauh, ini yang kita nampak


Photographer sedang ambil gambar. Kita pula ambil gambar dia. 


Ambil gambar berkumpulan pulak,


Dari kiri, Hafizan, Najmi, Duha dan saya


Geng gegirl pun nak ambil gambar juga


Gaya bebas


Saya ni bukan penggemar bunga. Tapi layan ajer la.


Fujiyama Sweets


Dekat hujung, ada persembahan sarkas sikit di sini.

Lunch Di Ninja Restaurant


Bas B punya team bergambar dulu. Yang best, ninja dah panjat bumbung siap siap 


Zoom in abang ninja


Jangan tanya saya ni aper, saya pun tak tahu


Dalam kedai, boleh tengok banyak barang barang costume ninja Jepun


Dengan lafaz Bismillah... Serbuuuuu


Main course kami adalah udang goreng tempura. Udang besar besar digoreng dan dihidang secara buffet. Apa lagi, tak sempat nak letak dah habis. Tapi jangan risau, dah habis mereka top up lagi.


Super duper sedap makanan kali ni


Di luar restoren


Di tepi tu ada kedai jual souveniour


Ada fridge magnet

Imperial Hotel Tokyo Japan

Sebelah petang, kami selamat tiba di Hotel Imperial. 

Harga satu bilik di sini rata rata sekitar RM2,000 untuk satu malam. Kami stay di sini untuk 3 malam. 

Thanks Shaklee. Dapat la merasa duduk hotel mahal mahal bila buat bisnes Shaklee ni.

Kalau nak tidur sendiri, hehe. Ku pilih hotel bajet ajer la kannnn...

Dengar kata, di hotel nilah kalau artis atau VVVVIP datang ke Jepun, mereka akan stay di sini.

Alhamdulillah.


Imperial Hotel 


Naik bilik dulu


Kami dapat bilik di tingkat atas. 


View dalam bilik


Anyway, for me semua bilik hotel sama ajer. Kita masuk nak tidur ajer pun kan. Tapi Shaklee dah tempah hotel mahal ni. Duduk ajer la.


Dalam bilik air


Bilik mandi pula


Pemandangan di luar tingkap dari dalam bilik hotel kami


Sementara menunggu waktu makan malam di Gala Dinner, kami jenjalan dulu di sekitar hotel


Di Jepun, semua orang lintas jalan di zebra crossing. Mereka tak suka suki lintas jalan ikut suka mereka..


Cer baca sign yang saya pegang tu... Hehe.. "Do You Live Amazing?"Kalau gambar tu yang berbicara, hehe.. Rasanya dah amazing dah..


Tetiba permaisuri datang sambil kata.. "Haip...... " . Ambil gambar sekali lagi. Sib baik gambar atas dia tak delete. Hehe.


Yang tengah tu adalah Dr Kojimo. Pencipta formula produk Nutriferon. Salah satu produk hebat dalam Shaklee. Produk ini dapat meningkatkan immune sistem badan manusia.


Alhamdulillah, dapat free seorang satu kotak.


Masuk awal kami malam ni ke dewan. Boleh booking tempat duduk yang best best dulu.


Dok study menu dulu


Secara tak sengaja, semua warna merah....


Lets the dinner starts. Bon Appetit


Untuk orang Islam disediakan Lobster. Untuk bukan Islam makan Wagyu Beef.


Dr Kojima pun join dinner kami malam itu. Siap pakai baju batik lagi.


President Shaklee Jepun yang duduk di tengah tu.


Ucapan pembukaan oleh Hellen. President Shaklee Malaysia


Jom makan


Sambil makan ada persembahan


Memula gendang


Then tarian tradisional Jepun


Macam comel ajer


Sampai kat meja makan mereka datang menari


Haa... Lepas tu geng geng Shaklee pulak kena buat persembahan


Ada lucky draw ikut meja. Meja kami pun dapat juga. Tapi tak ada orang ambil gambar pun. Sob sob sob.


Majlis dah nak habis. Ambil gambar dulu

Jenjalan Di Ginza

Habis makan malam sekitar jam 9 malam, kami jenjalan pusing bandar Tokyo dekat area Ginza.


Jam 8 malam, dah banyak kedai kedai tutup. So kami pusing pusing ajer la.


Area Fujiya


Penuh bercahaya bangunan di sini


Banyak kedai dah tutup. Sob sob sob.


Dari segi exterior design, memang cantik bangunan bangunan di Jepun ni.


Jumpa kedai yang masih buka. Masuk beli barang dulu.


Nak beli makanan susah sket, sebab banyak makanan yang tak halal.


Asal jumpa kedai buka ajer ,kami masuk.


Beli barang sket di 7-Eleven


Hasil tangkapan malam ini. Semua dah boleh senyum sket walaupun rasanya masih belum cukup.

Jemput baca entry seterusnya di sini:-


Anda ada apa apa nak kongsi atau katakan kepada kami? Sila tulis komen anda di ruangan komen di bawah yer. We love to hear some feedback from you.

Wassalam.

Master Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Nak Buat Bisnes Shaklee? PM Maria : - 019-2592731

Kalau Dah Buat Bisnes Shaklee Sebelum Ini. Buat Betul Betul Ok. Kita Jumpa Di European Cruise Nanti.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles