Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Seminar Motivasi Pelajar Cemerlang Di MRSM Taiping

$
0
0
Assalamualaikum,

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dalam kehiudpan kita di dunia dan di akhirat.

So, entry kali ini berkaitan dengan Seminar Motivasi Pelajar Cemerlang Di MRSM Taiping.


Sessi bermula jam 9 pagi. Tapi jam 8 saya dah sampai. Bila sampai terjumpa Ustaz Saiful. Ustaz yang pernah mengajar saya dulu ketika di MRSM Taiping dulu.


Jam 9 pagi, seminar saya dimulakan. Untuk makluman, ada 3 sessi saya bersama dengan para pelajar ni. Bermula jam 9 pagi - 11 pagi untuk sessi pertama. Tajuk Seminar I Believe I Can Fly.


Saya kongsikan teknik macam mana saya belajar dulu sehingga menjadi pelajar cemerlang. Alhamdulillah, since saya bekas pelajar MRSM Taiping, saya sangat memahami apa permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar.


Tugas saya, berkongsi macam mana mereka boleh menyelesaikan masalah mereka ketika berada di MRSM Taiping.


Sessi saya ni akan ada perbincangan dengan orang sebelah. Just to make sure pelajar alert dan sentiasa awake. So tak der la yang mengantuk.


Gambar pelajar  yang berbincang tips tips yang saya kongsikan.


Ada pelajar yang berkongsi terus dengan semua orang apa yang mereka belajar dari setiap sessi.


So, bersedia dengan sessi kedua. Sessi Magnet Kejayaan Pelajar Cemerlang. Dalam sessi ni saya ajar macam mana nak 'menarik' kejayaan datang kepada mereka tanpa mereka perlu berusaha 'mengejar' kejayaan itu.

Antara yang saya kongsikan dalam sessi dua ini, teknik menetap matlamat dalam kehidupan, mencari mentor, menjaga adab dengan guru, rakan dan ibu bapa, teknik menjaga emosi untuk berjaya, dan cara melakukan tindakan yang luar biasa.


Sebelah petang, sessi Rahsia Kuasa Minda Pelajar Cemerlang.


Saya kongsikan macam mana kita menggunakan kuasa minda untuk berjaya.


Since dah petang, nasib la.. Bila saya nampak pelajar macam mengantuk, saya suruh mereka berdiri. Hehe... Kesannya, sepanjang 7 jam sessi saya bersama pelajar, hanya seorang pelajar yang saya tangkap tertidur.


Sebelah petang, sessi dah habis sekitar jam 5.30 petang. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan seminar yang disampaikan.


Ada sedikit cenderahati yang disampaikan oleh Cikgu Asriyah, bekas cikgu homeroom saya dahulu.


Sebelah petang, apa lagi. Saya pergi makan di Yong Tau Fu Taiping yang famous dekat balai bomba.


Ni la sahabat yang temankan saya sepanjang sessi hari itu. Thanks Farid. Juga seorang motivator untuk pelajar cemerlang.

Alrite, itu ajer sharing saya hari ini.

Nota Kaki

Untuk makluman, saya tidak buat ceramah motivasi di sekolah sekolah biasa. Saya hanya buat ceramah motivasi di MRSM sahaja.

Sebab saya lebih banyak berkongsi pengalaman macam mana saya berjaya dalam sistem MRSM dahulu. Harap maklum yer.

Jika anda berminat, boleh dapatkan Rakaman Seminar yang saya buat di salah sebuah MRSM Sebelum ini. Saya share 11 teknik yang saya gunakan semasa belajar dahulu.

Antara topik yang saya kongsikan, teknik uruskan masa bagi pelajar yang sibuk, teknik SA.T.U. iaitu teknik mudah faham apa yang guru ajar dalam kelas, teknik menulis nota, teknik menghafal dengan mudah, teknik mengingati apa yang sukar dihafal. 

Ia berharga RM10 sahaja. Saya akan berikan rakaman video yang sudah saya upload di Youtube. Jaminan wang dikembalikan. Jika tak puas hati, let me know. Saya akan refund kembali wang anda.

Cara nya, Whatsapp "Video RPC" kepada saya di 019-5782515.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivasi Luar Biasa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919