Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Mencari Pokok Dan Rumput Murah Di Sungai Buloh
Saya sebenarnya mencari rumput untuk di tanam di sekeliling rumah saya.
Saya dah baca review di blog blog lain. Semua orang menyarankan untuk saya pilih RUMPUT JEPUN.
Ia lebih mudah di jaga untuk jangka masa panjang.
Jom belajar mengenai rumput dulu. Ada 3 jenis rumput yang popular di Malaysia ni.
Ini rumput jenis Jepun. Tekstur lebih cantik. Rumput pendek dan penuh. Mudah di jaga sebab tak perlu kerap mesin. 3 bulan sekali dah ok.
Dah siap akan jadi macam ni.
Ni rumput Philipines. Lebih cepat panjang.
Bila besar dan panjang akan jadi serabut macam ni
Ni pula rumput Cowgrass. Rumput padang bola. Kira kiranya, sama seperti di rumput kebanyakan padang. Rumput ini pun kena kerap mesin.
Dari segi harga yang saya tengok di Sungai Buloh, rumput Cowgrass boleh dapat pada harga RM0.50 sekaki persegi. Rumput Philipines RM0.60 sekaki persegi dan Rumput Jepun RM1.50 sekaki persegi.
Misi Mencari Rumput Di Sungai Buloh
Based on apa saya baca di internet, mereka bagi tahu. Keluar ikut Tol Sungai Buloh yang ada sign board HOSPITAL SUNGAI BULOH.
Selepas itu, bila dah keluar jalan terus sampai jumpa T junction and then belok kiri.
Selepas belok kiri tu, anda terus sahaja sampai lepas Hospital. Then anda akan nampak banyak kedai pokok di kiri dan kanan jalan utama.
TAPI !!!! SEMUA ORANG PESAN. JANGAN BELI DI SINI. KALAU NAK SURVEY HARGA. BOLEH BERHENTI. DI TEPI JALAN UTAMA HARGA LEBIH MAHAL.
So, kat mana nak beli?
Anda jalan slow slow, then anda akan nampak jalan ke sebelah kiri. Dia tulis sign board tak besar sangat. Macam tempat Rawatan KUSTA NEGARA dan ada tulis PERKAMPUNGAN ORANG ASLI So, anda belok kiri.
Ha... di kiri tu akan banyak kedai pokok yang jual pada harga boleh sembang dan bincang.
Bila dah masuk ke kiri tempat area Rawatan KUSTA tu, anda akan jumpa jalan ni. Saya ambil gambar ni di Google Maps aja.
Ada sekitar 20 kedai pokok di sini.
Saya berhenti dan mula tanya harga pokok pokok di sini. Pokok ni harga RM90 setiap satu.
Pasu ni besar sebenarnya. Dalam kamera nampak tak besar pulak.
Harga setiap satu RM75.
Pokok ni RM120 setiap satu
Yang ni dah besar. Saya pun tak sure harga.
Banyak pilihan pokok bunga.
Pilih pilih.
Pokok Orked pun ada
Batu halus halus ni pun ada. Harga 2 x 1 = RM18. 1' x 1' RM9
Ready made. Ambil dan pasang saja.
Meleleh air liur kalau penggemar orked tengok.
Lagi pokok orked.
Pokok bonsai
Mailah cari. Ada banyak pokok kat sini.
TAPI !!!!! Saya mai sini nak cari rumput. Bukan nak cari pokok. So, saya pun memulakan pencarian rumput. Di kedai kedai pokok ni, saya tanya rumput Jepun ni, mereka jual RM2 sekaki persegi. Tapi saya tengok kat internet orang tulis harga RM3 sahaja.
Saya pusing pusing, akhirnya jumpa juga tempat orang tanam rumput ini. Beli direct dari mereka. Harga akan jadi lebih murah. RM3 sahaja. Itu pun, ada kawan kawan cakap boleh dapat murah lagi kalau pandai nego.
Anda nak beli? Boleh call terus Mamat Indonesia ni : 014-9595081 / 010-2735083.
Ingat yer, ini harga maksimum anda bayar.
Rumput Cowgrass RM0.50 sekaki, Rumput Philipines RM0.60 sekaki, Rumput Jepun RM1.50 sekaki.
Anyway.. Kalau anda nak cari sendiri kedai rumput ni senang saja.
Lepas keluar tol Sg Buloh, anda terus sampai jumpa T Junction. Then belok kanan. Teruskan perjalanan dalam 400 meter, then anda akan jumpa Jejantas orang melintas jalan kaki. Depan sket ada trafik light, anda belok KANAN trafik light tu.
Then anda terus dalam 400 meter anda akan jumpa macam kawasan pasar malam. Lepas tu anda akan jumpa Masjid di sebelah kanan. Belok kanan.
Anda terus saja. Di situ anda akan jumpa lagi banyak area orang tanam rumput. May be kalau anda boleh nego akan dapat harga lebih baik.
Pelbagai jenis rumput di tanam di sini
Dalam proses pembesaran rumput rumput ini
Baru nak tanam area ni
Dah boleh jual yang ini. Rumput Philipines.
Ini rumput Jepun
Area ni bersebelahan dengan highway. Anda nampak tak kereta kat atas tu? Itu highway la tu.
Saya boleh bawa balik 300 keping sahaja. Even niat asal nak beli 500 keping. Kene datang sekali lagi nampaknya ni.
Oklah, ini lah saja perkongsian daripada saya. Semoga bermanfaat.
Wassalam
Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others