Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

USA TRIP - DAY 2 - CONFERENCE

$
0
0

Jom ber'conference'

Penulis : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana setia menziarahi blog mariafirdaus.com.my

Semoga Allah merahmati anda dan memberi keberkatan hidup kepada anda dunia dan akhirat.

Anda dah baca entri USA TRIP - DAY 1 - Perjalanan kami dari KL ke Orlando. Kalau belum. Klik Sini

So, hari ni saya nak share dengan anda pengalaman kami di hari kedua di Orlando.

Shaklee Conference Day 1

Untuk pengetahuan anda, salah satu tujuan kami ke US adalah untuk menghadiri International Shaklee Conference di Orlando.

Setiap 2 tahun. Shaklee akan bawa mereka yang berjaya capai sales yang tinggi dalam Shaklee ke USA. 

It's a free trip and 100% sponsored. Siap dapat duit poket lagi.


Masih fresh. Early in the morning.  Kat US jam 7.45 pagi, kat Malaysia jam 7.45 malam waktu ni.


Ni gambar dalam hotel yang kami tinggal selama 7 hari di sana


Dalam hotel ada taman


Selesai sarapan.. Jom kita bertolak


Kami berdua naik bas menuju ke Marriot Convention Centre di Orlando. Jarak perjalanan sekitar 10 hotel dari hotel kami.


Name tag nak masuk dalam dewan nanti


Tiba di convention centre. Yang pertama sekali, ada Master Parade. Semua Master Coordinator dalam Shaklee diarak masuk ke dalam dewan.

Orang ramai mula berpusu pusu menuju ke dewan


Ramai tak orang.... Sekitar 5000 orang menghadiri konvensyen ini in total...


Krew bertugas di belakang pentas...


Kami dah mula mengambil tempat dalam dewan 

 Syukur, kami duduk di tengah dan dekat dengan pentas. So, konvensyen ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Mr Roger Barnett. Chairman and Chief Executive Office of Shaklee.


Beliau mula menceritakan misi dan visi syarikat. Helping everyone to have a better life.


Sejujurnya, saya admire dengan beliau. Cara beliau bercakap sangat bersahaja. Tetapi sangat memberangsangkan.


So far, Shaklee dah memberi manfaat kepada 2.6 juta penduduk dunia. Target beliau,  Shaklee dapat bantu 10 juta penduduk dunia untuk hidup dengan lebih sihat dan mereka yang buat bisnes, dapat income yang bagus dengan Shaklee.


Shaklee tak pernah miss untuk bayar bonus kepada para usahawan Shaklee. So far, hampir RM10 billion diberikan kepada para pengedar yang buat bisness Shaklee sepanjang sejarah Shaklee ditubuhkan.


Kesihatan kita, kita yang tentukan. Bukan disebabkan oleh nasib.


Di USA, Shaklee memperkenalkan Life Strip. New formula, lebih kecil, lebih berkhasiat dan lebih mudah ditelan.


Bos Shaklee adalah seorang yang environment concern. Sebab itu Shaklee tidak teragak agak untuk sponsor program program ke arah alam sekitar yang lebih baik. In fact, beliau terlibat dengan projek menanam sejuta pokok di seluruh dunia. 


Yang ni saya sangat amazing, beliau kongsi dengan kami. Di USA, NASA approach Shaklee untuk produce suplemen untuk digunakan oleh astronout mereka di angkasa. Sangat amazing. Beliau cakap, kalaulah Shaklee tak bagus, takkan lah NASA nak suruh Shaklee yang bekalkan suplemen kepada astronout. 

Capt. Mark Kelly tinggal diangkasa selama 340 hari. Beliau sangat memerlukan suplemen untuk bekalkan energy dan nutrisi yang lengkap sepanjang berada di sana.


It's lunch time. Kami disediakan makanan yang halal oleh pihak Shaklee. Jam pukul 1 tengah hari di USA. Ini bermaksud di Malaysia adalah jam 1 pagi. Hehe.. Jom segarkan mata dan ambil energy lebih sket dengan suplemen Shaklee.


Ramai kan yang turut serta dari Malaysia... Dah ramai yang berjaya dalam Shaklee. Kalau anda join, Insya Allah anda pun boleh.


Sessi sebelah petang. Bermula jam 2.30 petang. Cer teka jam Malaysia pukul berapa? Correct.. Sekarang jam 2.30 pagi di Malaysia. 

Bayangkan mata macam mana waktu ni. Hehe.. Alhamdulillah.. saya bertahan. Steady tak mengantuk sebab best sangat.

Atas ni ucapan dari Presiden Shaklee Malaysia. Beliau pindah dari Amway ke Shaklee. Bayangkan, dah 20 tahun keje ngan Amway pun sanggup pindah ke Shaklee. An amazingly, beliau cakap in term of product, Shaklee is much better. Saya tak kata... Dia yang cakap ok... Hehe. Nak marah, sila marah dia... Huhu.....


Shaklee dah ada di 7 buah negara sekarang ini. Dah lebih 100 tahun pun Shaklee ni ditubuhkan.


Berlintas langsung dengan atlet Olympic di Rio yang guna product Shaklee. Wallawoi.. Rupa rupanya, ramai atlet yang guna Shaklee sebab ia natural dan tak ada chemical. So selamat.


Habis conference sessi Day 1. Jam 5 petang. Huhu.. Kat Malaysia jam 5 pagi weii.... Steady lagi kami ni.


Ms Hellen... Presiden Shaklee Malaysia. Yang tepi mak saya tu ok. Jangan ingat Helen ni yang amik gambar ni pulak.


Masa dah time. Jom makan malam.


One good thing about Orlando, pekan dia tak besar. Semua ada di city centre. Banyak kedai makanan halal kat sana. Tak macam di LA dan Hollywood. Nak cari makanan halal susah sket.


Makan ni dulu geli geli...


Geli geli gak sebelum datang nasi.


Habis makan.. kami pi shopping kat kedai berhampiran.


Rate US sekarang RM4 = 1 USD. Agak mahal berbanding 2 tahun lepas. 1 USD = RM3.20, so nak shopping tu tak der la beria sangat kali ni.

Dia jumpa dah.... puas saya cari kot kot ada nama saya. Memang tak la kan.


Item wajib beli ni.


Ada pulak macam Eye of Orlando. Kami tak naik pun. Tengok tengok ajer.


Balik hotel jam 9 malam. then pack barang Shaklee. Ada akak yang tinggal di sana order. 


Tara.. Dah siap bungkus. Ready untuk di pos.

Jam 9 malam di USA waktu ni. Bermaksud jam 9 pagi di Malaysia.

Ala..... tak leh tidoq wei...

Ku cuba gak tidor..

Akhirnya, jam 2 pagi dah bangun dan tak boleh tidur sampai ke subuh.

Jetlag baru bermula.... Biological clock saya masih ingat waktu Malaysia. Tak leh nak adapt jam US lagi.

Huhu..

Ok. Esok kita sambung perjalanan hari ke 3 dan ke 4 kami di US.

Till Then..

Wassalam

Maria Firdaus,
Founder of Maria Firdaus Empire
Motivating And Inspiring Others

Sila SHARE Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat Untuk Orang Lain

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919