Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Anakku 7 Tahun Menangis Nak Solat Walaupun Sakit

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog saya dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Hari ini saya nak share kisah anak saya Farees.

Jom Solat

Saya selalu ajak Farees dan Fateh menunaikan solat di surau bila saya free. Especially solat Maghrib.

Saya selalu tekankan kepada Farees, orang lelaki kena solat dekat surau.

Alhamdulillah, since saya latih dia bersolat di surau sejak usia 3-4 tahun. Sangat mudah nak ajak Farees solat di surau. Even dia tengah tengok TV, main games, kalau bab saya ajak dia pi solat. 

Dia akan berhenti ON THE SPOT.

Syukur Alhamdulillah. Allah bagi kat saya anak yang macam ni.

Kisah Semalam

Semalam, saya ajak Farees ke surau untuk solat Maghrib. Saya buka pintu depan, saya tengok selipar saya ada di belakang.

Saya suruh Farees pergi ambil since selipar dia pun ada di pintu belakang.

Masa nak patah balik, dia lari laju sambil pegang selipar saya di tangan.

Ntah macam mana, dia lari laju dan jatuh tergolek dan tersembam sampai berpusing ke depan.

Lutut cecah simen dulu dan kemudian muka pun kena di dahi sebelum berpusing.

Apa lagi, menangis teruslah.

Bukan menangis lagi dah. Meraung terus lagi ada.
Saya bawa masuk Farees ke dalam rumah. Bagi kat my wife to handle. Dan saya pergi ke surau sorang.

Bila balik saya tengok Farees baring atas sofa di depan TV sambil nangis.

Nampak 'wayang' macam lebih pulak. Masa saya mula masuk rumah, dia menangis macam tak kuat. Tapi bila dia nampak ajer saya, terus menangis kuat.

Hehe..

Nak perhatian la tu.

Saya pergi kat dia, saya tanya sakit lagi tak. Apa lagi, terus sambung menangis.

Then saya tanya, "Ni dah solat belum ni?"

Dia jawab, "Macam mana nak solat? Macam mana nak wudhuk. Kaki sakit...."

Then saya jawab, "Solat lah duduk. Tak leh duduk, solatlah baring"

Dia menangis dan suruh saya angkat dia naik ke bilik di atas.

Di bilik saya suruh dia tidur. Suruh dia rehat.

Sebelum tidur, dia cakap....

"Abi... saya  belum solat...."

Huhu.. Tersentuh hati saya bila dia tanya soalan tu. Ya la, bagi saya dia ni umur baru 7 tahun. Kalau 'tinggal' solat sebab sakit macam ni, saya boleh 'terima'. Sebab dia baru umur 7 tahun.

Actually, Farees sekarang memang dah solat penuh setiap hari. Dah tak perlu suruh suruh. Dia memang jadikan solat satu kewajipan buat dia.

Alhamdulillah.

Bila dia cakap nak solat, saya suruh dia solat sambil baring.

Then dia cakap. "Abi, macam mana saya nak ambil wudhuk?"

Saya ingat dalam hati, "Ala, solat ajer lah Farees." 

Bukan apa. Dia kecik lagi. Dia nak solat pun dah seribu rahmat. 

Saya ambil air dan tolong Farees ambil wudhuk di atas katil. 

Then dia terus solat sambil baring.

"Kan Farees dah belajar solat sambil baring masa di tadika dulu. Ingat lagi kan...."

Dia jawab, "Ingat..."

Saya perhati aja dia solat sambil baring. Alhamdulillah. He did a great job.


Farees solat sambil baring.

Kalau anda tanya saya, adakah saya ajar Farees semua ni?

Jawapan saya : TAK.

Saya tak pernah ajar dia solat sambil duduk or baring.

Cuma, dia pernah tengok arwah kakak saya solat sambil baring. 

Dia pernah tengok saya solat sambil duduk selama 2 bulan.

So, dalam otak dia memang dah nampak semua ni.

Dan saya juga selalu ajak dia solat di surau.

Mungkin ini juga faktor yang 'educate' dia untuk menjaga solat.

Dan lagi satu, saya hantar anak saya ke My Little Genius Khalifah masa tadika.

Farees di tadika ni dari 4-6 tahun.

Saya suka tadika ini sebab dia ajar banyak bab islamik. 

Solat dah jadi satu kewajipan. Semua pelajar WAJIB SOLAT DI TADIKA MEREKA SETIAP HARI.

Mereka ajar solat jam 2 petang rasanya.

Isnin Solat Subuh, Selasa Zuhur, Rabu Asar, Khamis Maghrib dan Jumaat Isyak.

Disamping tu, tadika ni juga ajar para pelajar solat semasa sakit. Solat sambil duduk dan solat sambil baring.


Nampak tak Farees belajar solat sambil duduk. Ini duduk atas kerusi bila sujud. Ada juga yang solat sambil baring. Semua ini diajar di peringkat sekolah ini.

Bagi saya, IT'S AMAZING.

Untuk anak anak pada usia 7 tahun boleh menangis nak solat sewaktu sakit. Itu LUAR BIASA.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Semoga Allah permudahkan urusan Farees untuk jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Semoga kisah ini dapat memberi motivasi kepada kita semua untuk didik anak anak kita mencintai solat pada usia muda.

Wassalam.

Mohd Firdaus

Nota Kaki :

Kalau anda warga Parit Buntar/Nibong Tebal nak daftar anak anda di tadika anak saya, saya sangat galakkan. Sila contact Teacher Ana. 012-4476501. Tadika dekat area Taman Sempadan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919