Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Hari Raya Aidil Fitri 2013

$
0
0
Assalamualaikum,

Sekali lagi, saya ingin ucapkan kepada para pembaca blog Maria Firdaus Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Seperti yang semua tahu, tahun ini saya berhari raya di Kuala Lumpur. Di rumah keluarga Maria di Keramat AU2.

Ini perkongsian gambar suasana hari raya di KL baru baru ini.



Jam 8.30 pagi. Kami semua bergerak ke Masjid Al Ansar, Taman Keramat, AU2.


Abg Turie dan anak-anaknya.


Selepas pulang dari menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri, kami semua pulang ke rumah untuk sessi bergambar. Tema kami sekeluarga hari ini "Ungu". Tapi, dalam gambar nampak macam warna biru la pulak.


Abg Turie ( Kam Kasturie ) dan anak anak. Warna bebas tahun ini. Orang kata, kalau pakai sampai atas lutut tu maksudnya orang bujan... So, faham faham aje lah yer. Abg Turie dah jadi 'Bujang 4' balik.


Kak Ngah and her family. (Kam Rafidah). Bila orang tanya, anak berapa kena jawab, "Alhamdulillah, baru 8." Hehe.... Yang besar umur 10 tahun. Yang kecik umur 1 tahun.


Atuk dan Wan bersama cucu-cucu mereka. Cuba cari saya dalam gambar ni. Di mana saya? Cari sampai jumpa ok. Kalau jumpa, tekan 'LIKE'. Hehe...


Sessi bermaaf-maafan dan memberi duit raya.


Giliran Farees pulak bersalam dengan kami semua.


Farees nak lompat pegang lampu la pulak.

Saya balik ke Parit Buntar pada hari raya ke 3. Alhamdulillah, perjalanan pulang ke Parit Buntar lancar. Tidak ada masalah kesesakan.

So, sesiapa yang kalau datang ke Utara, nak berziarah bertemu dengan saya. Silalah datang ke rumah saya di Parit Buntar. PM saya atau Maria di Facebook dulu.

Kami berbesar hati untuk menerima kunjungan anda.

Semoga, persahabatan yang terjalin di alam maya ini dapat diterjemahkan kepada ukhuwah yang sebenar.

Jangan lupa, datang yer.......


Selamat Hari Raya !!! Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

- Maria Firdaus -


Viewing all articles
Browse latest Browse all 919