Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Hidup Berubah Bila Kita Pilih Untuk Berubah !!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dari Allah.

Hari ini, saya terbaca di FB saya perubahan hidup sahabat saya. 

Beliau menceritakan susah payah, perit jerih yang beliau hadapi dari 2008 sehingga sekarang.

Bukan mudah untuk berjaya. Setiap kejayaan dituntut dengan pengorbanan.

Sahabat yang saya maksudkan ini adalah Muhammad Nakhaie Abdul Wahab.


Masih muda dan bersemangat waja.

Kisah Kejayaan Beliau Yang Saya Copy Paste Dari FB Beliau.

Alhamdullillah rezeki di TAKAFUL.
Waktu belajar poli tanjung malim kereta hitam tu la duk bawak aku ke kelas dan balik kampung. 
Mak aku tak bagi naik motor sebab aku banyak sejarah hitam waktu naik moto, mungkin mak ayah aku dah serik kot nak duduk wad jaga aku.
Aku pakai ISWARA sampai aku kerja bank negara. Waktu pkai iswara, boleh katakan setiap bulan habis duit baiki kereta sampai pinjam duit family.
2011 gaji aku dah bertambah sikit, aku pun cuba la beli MYVI sebab ramai kata KERETA MYVI laju dan minyak jimat. Memang betul minyak jimat. 
Pakai myvi hanya ada masalah pada kompresor aircon ja, pomen tu kata myvi aku ni 'dah tua sebelum usia' sebab baru pakai 3 tahun millage dah 155,000.
Alhamdullillah rezeki aku bertambah lagi semenjak jadi ejen takaful dan pada 2014 isteri aku dapat tawaran kerja dengan kerajaan. 
Aku bagi myvi aku dekat dia dan aku tambah lagi sebijik ALMERA pada Disember 2014..
Kenapa aku ambik ALMERA? Hanya kereta tu saja yang loan boleh lepas. 
Bila rasa komitmen dah jadi tinggi. Aku terpaksa jual myvi dan ambik kereta axia untuk kurangkan komitmen setiap bulan.
Tahun ni 2016 genap 3 tahun jadi ejen, rezeki aku bertambah lagi, aku jual ALMERA dan aku ambik ACCORD. 
Kenapa ambik accord? Sebab aku memang dari dulu minat nak pakai honda, lagipun honda ada harga lagi kalau nak jual nanti.
Bukan nak menunjuk apa yang aku mampu, tapi ini lah perjalanan hidup aku dari seorang pelajar POLITEKNIK, kerja sebagai POLIS BANTUAN Bank Negara dan Menjadi EJEN TAKAFUL.
Semua orang boleh berubah jika anda mahu ubah hidup anda. 
Tidak susah jika anda betul2 mahu buat. Tiada masa dan tak reti buat adalah satu ALASAN.
Jangan salahkan takdir jika anda sendiri yang tak nak berubah.
"BIAR CUBA DAN MATI DARI MATI TIDAK MENCUBA."

Nasihat Buat Sahabat

Kepada para pembaca blog mariafirdaus.com.my, nasihat saya kali ini mudah. 

Hidup kita hanya akan berubah jika kita pilih untuk berubah.

Semoga kisah ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya"

Wassalam

Mohd Firdaus 
Motivating And Inspiring Others

Sila Tekan Button SHARE Di Bawah Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919