Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan dipermudahkan hidup, bahagia didunia dan di akhirat.
Mesyurat PIBG SKPTM
Semalam saya hadir buat kali pertama mesyuarat PIBG.
Anak saya Farees dah umur 7 tahun dan sekarang bersekolah di Sek Keb Permatang Tok Mahat.
Sekolah saya dahulu masa saya kecil.
Bangunan sekolah lama saya. Masa saya darjah 1 sampai darjah 4, saya belajar di bangunan ini
Bangunan baru di sekolah.
Program dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG, En Farid Suwardi. Member saya. Juga bekas pelajar SKPTM. Seorang anak muda yang bersemangat untuk bantu pihak sekolah.
Kemudian ucapan daripada pihak Guru Besar.
Kemudian ada program wakaf buku.
Kemudian, semasa pemilihan AJK PIBG, entah macam mana nama saya naik. Terjadi Naib Yang Dipertua PIBG.
Perbincangan usul bersama para hadirin.
Pada awal pagi, lagi ramai ibu bapa yang hadir. Tapi selepas itu semakin berkurang.
AJK PIBG 2016-2017.
Jika anda tanya saya, saya tak mahu pun jadi AJK PIBG ni.
Dari dok rileks kena buat kerja. Free pulak tu.
Tapi, bagi saya Allah bagi kita banyak nikmat.
Kita perlu kongsikan nikmat ini dengan orang lain.
Allah bagi kita banyak ilmu, kita perlu kongsi ilmu ini dengan orang lain.
Apa salahnya, saya luangkan sedikit masa untuk pihak sekolah. Bantu anak kampung saya untuk berjaya.
Mudah mudahan dengan sedikit bantuan ini, Allah akan bantu anak saya pula untuk berjaya.
Jom tuan tuan dan puan puan, kita sama sama jadi orang yang mahu menyumbang kepada masyarakat.
Kalau ada mesyurat PIBG di sekolah anak anda, hadirlah.
Dan bantu apa yang anda boleh bantu.
Semoga ia menjadi bekalan buat kita di akhirat kelak.
Wassalam
Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others