By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga apa yang anda hajatkan akan tercapai.
Kenali Keluarga Saya
Dah bertahun blog ini diwujudkan, tapi saya tak pernah tulis pasal adik beradik saya.
So, hari ni nak buat sharing sket boleh.
This is our happy family
1. Norafizal Mat Saad
Beliau abang sulung saya. Nama penuh beliau Norafizal Mat Saad dan rasanya nama famous beliau pun Norafizal Mat Saad. Tak ada nama singkatan.
Dalam hidup, abang Norafizal banyak membantu saya dalam pelajaran dan kehidupan.
Semasa saya belajar dulu, abang Norafizal lah yang ajar saya cara belajar dengan betul.
Dulu, beliau belajar di UMIST, Manchester, UK.
Kejayaan abang Norafizal melanjutkan pelajaran di UK membuatkan kami semua adik beradik yang lain belajar bersungguh sungguh untuk ke sana.
Alhamdulillah, beliau banyak bantu saya dalam hidup. Kejayaan beliau banyak memberi inspirasi kepada saya untuk turut melakukan yang terbaik dalam kehidupan.
Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada insan bernama Norafizal Mat Saad. Semoga Allah merahmati dan memberikati Abang Norafizal.
2. Arman Zaharil Mat Saad
Ini abang saya yang kedua. Orang panggil beliau Dr Arman. Salah seorang Doktor Pakar Pembedahan Plastik di Malaysia.
Sejujurnya, Abang Arman pun banyak bantu saya dalam hidup.
Semasa saya belajar di Tingkatan 1-3, beliau banyak ajar saya cara belajar yang berkesan.
Alhamdulillah, beliau juga berjaya melanjutkan pelajaran di Trinity College Dublin dalam bidang kedoktoran.
Sekarang, beliau menetap di Kubang Kerian, Kelantan.
3. Mohd Dzuha Mat Saad
Mohd Dzuha Mat Saad adalah adik saya.
Since umur kami hanya beza 2 tahun, so adik saya ini adalah rakan pembesaran saya.
Kami gaduh bersama, makan bersama, main pun bersama.
Sekarang, beliau bekerja dengan salah sebuah syarikat minyak di Dubai, UAE.
That's all about my family.
Saya actually ada 2 orang adik beradik lain yang telah pun kembali ke Rahmatullah.
Yang pertama, abang saya, Mohd Amir dan juga yang kedua kakak saya, Hani Azura. Semoga Allah merahmati mereka di sana.
Wassalam
Mohd Firdaus Mat Saad