Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.
Pengalaman Mendaki Bukit Tabur, Kuala Lumpur
Baru baru ini, saya ke Kuala Lumpur. Balik kampung di rumah mertua saya di Keramat.
Bila balik, biras saya ajak saya mendaki Bukit Tabur dekat area Taman Melawati.
So saya share ngan anda gambar gambar menarik yang sempat saya ambil sepanjang perjalanan ini.
Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan pendakian. Kami tiba sekitar jam 7.30 pagi di sini.
Pendakian menggunakan jalan hutan sebegini. Nasihat saya, pastikan anda pakai kasut yang ada tapak bunga yang masih bagus. Kalau dah licin, JANGAN NAIK. Sangat berbahaya.
Sampai pit stop pertama selepas lebih kurang 10 minit pendakian.
Ini biras saya. Syed Hafiz
Pendakian Bukit Tabur ini tidak mudah. Ia melibatkan perjalanan melalui hutan dan kita akan banyak kali naik turun bukit sebelum sampai ke puncak,
Ada beberapa tempat yang agak berbahaya. So.. Kalau anda nak naik. Pastikan anda berhati hati dengan sentiasa berjaga jaga. Jangan kalut. Jangan berebut. Jangan tolak orang lain. Jalan dengan cermat ok. Tips baikkk punya untuk anda,
Ia satu pendakian yang boleh tahan penat. Nasihat saya bawa air kosong AT LEAST 1 LITER. Cer bayangkan, ada sorang budak ni naik atas tu tak bawak air. Sib baik la ada abang long ni bawa air lebih sket. Saya share la dengan dia.
Pit stop yang kedua. Banyak tempat tempat cantik untuk kita ambil gambar.
Terjumpa dengan ular pulak kat atas tu.... Kita ambil gambar dulu. Mau berani sket... Jangan bagi ular tu terkejut. Insya Allah dia takt patuk.
Haha.. Dalam perjalanan, terjumpa kasut ni. Dah lusuh dan lekang pun. Mungkin ada orang pakai kasut uzur untuk naik dan rosak kat atas. Terpaksa tinggal buat kenangan di sini.
Next pit stop. Macam yang saya katakan, tempat tempat sini agak berbahaya. So, kalau nak ambil gambar pun kena berhati hati.
Dah nak sampai ke tempat yang paling atas.
Laluan laluan mencabar untuk sampai ke puncak
Belakang saya tu adalah puncak Bukit Tabur. Saya decide untuk tak buat pendakian batu 90 darjah kecuraman tu. Tinggi lebih kurang 2-3 tingkat bangunan. Tanpa sebarang safety equipment, saya tak rasa nak gamble hidup saya untuk panjat batu tu. Saya belum cukup pahala untuk nak panjat batu tu.
Sekumpulan Chinese memberanikan diri untuk panjat. Siap bergambar dengan bendera Malaysia lagi. Tapi saya tak rasa saya berani nak panjat batu tu. Unless ada safety rope.
Cukup sampai di sini. Saya berpatah balik untuk turun ke bawah.
Perjalanan untuk naik mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Ini perjalanan santai ok. Bukan berlari naik ke atas.
Perjalanan untuk turun ambil masa sekitar 40 minit sahaja.
Nasihat saya kalau anda nak pergi ke sini :
1. Guna Waze, search Bukit Tabur, Taman Melawati
2. Bawa air at least 1 Liter seorang. 1.5 liter is the best.
3. Guna kasut yang ada bunga. Kalau tapak tu licin, agak berbahaya.
4. Pergi berkumpulan.
5. Kanak kanak bawah 12 tahun, not advisable.
6. Pergi awal. Sebab parking kat bawah tu biasanya penuh. Kami tiba kat situ sekitar jam 7:30 pagi pun dah susah nak dapat parking
Semoga sharing ini sedikit sebanyak dapat memberi motivasi kepada anda semua untuk kita sama sama amalkan gaya hidup yang sihat.
Ingat yer, kerja kerja jugak. Tapi kesihatan jangan di lupakan.
Alhamdulillah... Tercapai hasrat saya untuk meneruskan pendakian bukit bukit di Malaysia.
Yang dah selesai : Bukit Larut dan Bukti Bendera. The third one is Bukit Tabur.
So.. What's next? We will see.
Wassalam.
Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others
Sila Tekan Button Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat