Assalamualaikum,
Saya doakan, anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Dosa Fitnah Yang Ramai Orang Suka Buat
Sejak kebelakangan ini, saya tengok senario ini semakin menjadi jadi.
Dan saya perhatikan, ramai orang tak perasan yang mereka sedang melakukan dosa besar.
Dosa apa?
Dosa fitnah dan dosa menyebarkan berita palsu kepada orang lain.
Saya bagi contoh gambar di bawah ini.
Apa yang kita fikirkan bila nampak gambar ini?
Ramai yang berfikir, pihak berkuasa menghalang mak cik ni berniaga. Tak bagi peluang kepada orang Malaysia untuk berniaga cari makan buat keluarga. Ramai orang akan cakap pihak berkuasa salah guna kuasa.
Kita tak berada ditempat kejadian. Tapi, kita bagi komen berdasarkan gambar yang kita tengok sahaja.
Dari gambar di atas, maka timbullah 1001 ulasan daripada kita.
Bila nampak gambar ini pula, akan menimbulkan spekulasi yang seterusnya. Macam macam tanggapan daripada kita para netizen.
Anda baca komen orang di FB ni. Up status, "Cari la ini orang, muka macam cilaka".
Cuba bayang kalau gambar kita yang di up ker sini dan semua itu adalah fitnah semata mata.
Komen komen orang ramai. Antaranya, barang dah kena sapu. Penguat kuasa nak rasuah tak dapat. Dan macam macam lagi komen negatif yang kita dapat baca.
Cerita Sebenarnya :
Ini cerita sebenar yang ramai orang tak tahu.
Auntie ini berniaga dipintu masuk Hospital Ipoh. Pihak majlis tak sentuh pun barang barang tu. Di kawasan hospital, terlalu ramai orang berniaga tanpa kebenaran. Penuh kawasan parking lot mereka booking untuk berniaga.
Cuba bayangkan kesesakan yang berlaku disebabkan benda ni.
Antara sharing kisah benar dari orang lain.
Anak saudara penguat kuasa menjelaskan keadaan. Dah bagi amaran 3 kali. Auntie tu melawan dan buang semua kacang tu sendiri.
Kisah benar lagi.
Nasihat Saya
Nasihat saya kepada diri saya sendiri, jom kita sama sama menghindari dari terlalu cepat bersangka buruk dengan orang lain.
Usah kita terlalu cepat menghukum orang lain dengan komen komen liar yang berunsur fitnah tanpa kita tahu perkara sebenar.
Antara sedar atau tidak, kita sedang buat 'fitnah'.
Dan dosa fitnah itu sebenarnya jauh lebih besar dari membunuh.
Dosa ini tersangat besar.
Yang lebih susah adalah bila kita perlu minta ampun dengan orang tu sendiri. Huhu.. Mana nak cari orang tu kalau kita tak kenal.
Saya sebenarnya nak nasihatkan diri saya sendiri. Sebab dulu saya pun bersikap seperti keramaian orang.
Saya suka ajer bagi hot cerita tanpa saya tahu asal usulnya.
Astaghfirullahalazim.
Sama sama kita bertaubat atas dosa kita yang lalu dan kita jauhi dari mengulangi perkara yang sama selepas ini.
Wassalam
Mohd Firdaus
Motivating & Inspiring Others
Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat