Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Cadangan Pelan Surau Al Najah Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar Perak

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan"Kita Semua Kaya Dan Berjaya, Dunia Dan Akhirat".

Perkongsian Dengan Seorang Arkitek

Baru baru ini, saya berkongsi dengan seorang sahabat saya seorang Arkitek.

Surau kami akan membina surau baru di sini disebabkan projek pelebaran jalan yang menyebabkan surau sedia ada terpaksa dirobohkan.

Saya pun bertanya pendapat kepada beliau mengenai proses untuk membuat design bangunan baru untuk kelulusan majlis.

Sahabat saya ini cakap, "Tak apa Firdaus, meh aku tolong design surau hang PERCUMA."

Subhanallah.

Pagi ini beliau hantar plan surau ini kepada saya.

Alhamdulillah. Sangat cantik.

Selepas ini kami AJK Surau akan berbincang untuk memperincikan lagi pelan surau ini dengan lebih detail.

Pengajaran:

Jika kita ada ilmu, kelebihan dalam sesuatu bidang dan 'kelebihan' kita itu diperlukan oleh 'agama'kita. Jangan BERKIRA.

Ilmu yang kita ada itu pun Allah yang bagi. So, jangan takut untuk 'memberi' sebab itulah 'pelaburan'terbaik untuk kita di akhirat nanti.

Bila saya tanya kawan saya mengapa dia nak buat secara PERCUMA, beliau jawab.

"Pencen kubur bang.... Gila habaq hang. Setiap kali orang solat kat surau tu, aku dapat saham sikit.. Aku ni ibadat tak lah banyak sangat. Mana tahu benda ni boleh bantu aku kat sana nanti...."

Terharu saya mendengarnya...

Jom kita jadi seorang yang sentiasa meletakkan akhirat sebagai matlamat hidup kita dan dunia hanyalah sebagai tempat untuk kita bercucuk tanam dalam mencari kejayaan hakiki di akhirat kelak.

Jom tengok design hebat oleh sahabat saya ini.











Cantikkan? Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami.

Untuk makluman anda, gambar di atas adalah cadangan sahaja. Semuanya akan diperhalusi lagi selepas ini oleh pihak AJK Surau.

Jom kita sama sama doakan kepada sahabat saya ini agar perniagaannya akan terus dipermudahkan Allah.

Bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, Shah Alam yang berminat untuk mendapatkan khidmat Arkitek ini, boleh hubungi beliau di : 019-952 2887 (Apai).

Wassalam.

Mohd Firdaus
"Erti Hidup Pada Memberi"

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919