Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Kisah Pelarian Rohingya - Ada Yang Terpaksa Minum Air Kencing Sendiri

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda kaya dan berjaya. Diberi kebaikan hidup dunia dan akhirat.

Kisah Pelarian Rohingya

Tahukah anda, sebahagian besar mereka ummat Islam. Di sana, mereka didera, dizalimi dan tidak kurang ramai yang dibunuh.

Tiada pilihan, mereka terpaksa mencari perlindungan di negara lain.

Mereka akan usaha untuk naik bot dan hidup sebagai pelarian di negara jiran seperti di Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Tapi, kehidupan mereka tidak mudah.

Saya beberapa kali berjumpa dengan mereka yang berpengalaman naik bot selama 3 bulan untuk sampai ke Malaysia dan hidup tanpa permit yang sah.

Ada seorang tu, saya jumpa dia dalam keadaan menggigil. Baru sampai ke Malaysia. Tak makan. Badan dah terlalu kurus. Sangat kurus.

Saya berikan makan, saya berikan RM100 kepada beliau dan saya suruh dia pergi. Saya tak mahu bersalah dengan memberi perlindungan kepada mereka.

This is real story. Mereka cakap, kat sana mereka sangat sangat susah.

Dalam erti kata lain, 'Lebih baik mati dengan cuba naik bot dan mencuba nasib di negara lain daripada menunggu dan mati di negara sendiri.'


Mereka ummat Islam. Mereka lari kerana untuk menyelamatkan diri.


Mereka sangat lapar. Allahuakbar. Wajah mereka menerangkan segalanya. Entah mereka masih hidup atau sudah mati hari ini.


Air mata tiga wanita menceritakan kesusahan mereka...


One picture can describes thousand of words.


Gambar di ambil di Thailan. Sudah jadi polisi negara Thailand untuk tidak membenarkan bot bot ini mendarat di tanah mereka.

Tapi sebagai hak asasi manusia, mereka bagi makanan melalui helikopter dan juga bot kecil. Kemudian suruh mereka tinggalkan tempat itu.


Bukan mudah hidup macam ni...


Mereka terpaksa berenang ke dalam laut untuk kutip makanan yang dijatuhkan dari helikopter.


Makan apa yang mereka boleh makan....

Mereka melarikan diri kerana terpaksa. Bukan pilihan mereka. Ada di antara mereka yang terpaksa minum air kencing mereka sendiri.

Pengalaman saya interview orang yang pernah alami pengalaman ni, mereka hanya diberikan minum segelas air sehari dan makan segenggam nasi. Itu sahaja untuk setiap hari.

Jika ada kematian, mereka akan buang mayat ke dalam laut.

Agak mengerikan mendengar kisah mereka.

Jom Kita Jadi Hamba Yang Bersyukur

Satu saja saya nak cakap kepada anda, ayuh. Jom kita jadi hamba yang bersyukur. 

Kita bersyukur dilahirkan di Malaysia. 

Bersyukurlah.. 

Bersyukurlah..

Bersyukurlah..

Nikmat Allah yang mana lagi hendak kita dustakan..

Jom duduk diam diam.. Tutup mata... dan ucapkan Alhamdulillah 100 kali.

Kemudian, bisikkan ke dalam hati kita.."Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang telah Kau berikan."

Semoga kita semua menjadi hamba yang bersyukur.

Wassalam.

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Jom Jadi Hamba Yang Bersyukur. Sila Tekan Button SHARE Jika Anda Rasa Ia Bagus..





Viewing all articles
Browse latest Browse all 919