Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Program Gotong Royong Cat Tadika Di Parit Buntar

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dari Allah.

Saya doankan, "Kita Kaya Dan Berjaya".

Jom Gotong Royong

Bila dengar perkataan 'Gotong Royong', saya sebenarnya akan rasa.... "Aduhhhhhhh........ Banyak masa akan 'dilaburkan' disini"

Namun, saya cuba berfikir hikmah disebalik program program sebegini.

Pertama, saya rasa ini 'peluang' saya untuk bantu guru yang selama ini dah mendidik anak saya di tadika ini.

Para guru ini dah ajar anak saya membaca, mengira, menyanyi, bernasyid, solat, hafal surah surah lazim dan macam macam lagi.

So... Rasanya saya perlu 'menyumbang' sedikit masa saya untuk pihak sekolah.

Program diadakan pada hari Sabtu, 9 May 2015. Bermula jam 8.30 pagi.

So to happen, petang Jumaat itu nenek saudara saya meninggal dunia. Pengkembumian dilakukan pada jam 10.00 pagi hari Sabtu. So, saya tak dapat join program ni pada awal pagi. Saya hanya tiba pada jam 10.30 pagi, selepas solat Jenazah selesai.

Tahniah kepada para bapa yang datang awal pagi itu.


Bermula operasi kikis cat lama guna water jet.


Syukur Alhamdulillah. Brother ni bawa water jet. Kerja kerja menjadi lebih pantas.


Saya bawa bibik saya untuk bantu kerja kerja awal di sekolah sementara saya ke rumah nenek saudara saya.


Kerja kerja tembak untuk keluarkan cat asal selesai.


Bermula kerja kerja cat asas warna putih. Cat asas ini disumbangkan oleh salah seorang bapa pelajar di sekolah ini. Alhamdulillah.


Adik Farisya turut terlibat.


Rajin adik ni kan. Saya suka tengok dia. Dari awal sampai habis. Komited nak tolong kami. Saya suka ayahnya bawa adik ni bantu kerja kerja cat. Dari awal lagi dah tanam sifat suka membantu dalam diri anak kecil ini. Semoga bila besar akan terus jadi rajin yer Farisya. Farisya ini umur 8 tahun sekarang.


Cat dinding sebelah.


Respect dengan abang ni. Kerja cat di syiling bukan kerja senang. Lenguh leher nak dongak atas.


Bibik saya tolong cat jugak.


Tengok adik ni. Rajin bantu ayah dia cat.


Cat putih ni di cat sebanyak 2 kali di dinding ni.


Selesai kerja cat asas. Jom kita cat warna biru dan pink.


Jam 10.30 pagi. Wonderpet baju biru tu sampai... Terus pakai 'jersey' dan mula mengecat.


Cat biru muda menjadi pilihan guru sekolah tersebut.


Sementara ada yang mengecat, abang ni terus komited guna water spray untuk tembak buang cat di dinding ni.


Cat pagar bahagian luar.


Jam 3.20 petang baru siap.... Alhamdulillah.


Baru nampak macam happening sket kan...


Memang masuk... Pink dan biru muda. Sesuai untuk tadika My Little Genius Khalifah di Parit Buntar.


Pandangan dari luar.

Saya bersyukur. Dapat membantu guru di sekolah ini untuk menceriakan tadika ini. Semoga ia menjadi tempat terbaik untuk anak anak kami menimba ilmu di sini.

Terima kasih kepada para guru di Tadika My Little Genius Khalifah, Parit Buntar yang banyak bantu mendidik anak saya di sini.

Tahun depan, Farees akan ke sekolah rendah. Insya Allah, adik Farees iaitu Fateh akan sambung perjuangan di sini.

Semoga Allah memberi yang terbaik kepada kami semua. Dunia dan akhirat.

Wassalam.

Mohd Firdaus

* Jom Ikhlaskan Diri Dan Beri Komitmen Untuk Menjayakan Setiap Program Gotong Royong Di Sekolah Anak Kita.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919