Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan, Allah kurniakan limpah rahmat dan kasih sayang kepada kita semua.
Pengalaman Mendaki Bukit Larut
Pagi tadi, Allah beri kelapangan kepada saya dan sahabat untuk mendaki Bukit Larut.
Seumur hidup, ini pengalaman saya yang pertama.
Jom saya kongsikan dengan anda gambar gambar yang sempat saya ambil pagi tadi.
Ini pintu masuk. Ada papan tanda. "Selamat Datang Ke Bukit Larut". Kami tiba di sini jam 7.30 pagi.
Bukit Larut lagi 8km. Posing dulu...
Ini Checkpoint yang pertama. Baru jalan sikit dah berpeluh sakan. Jadi panas. Terpaksa buka jaket.
Brother Okaz, terus nak hantar laporan kat isteri kata dah sampai ke Bukit Larut.
Boleh pilih untuk ambil jalan pintas. Tapi lebih mencabar.
Ada kata kata motibasi di tengah jalan. "X Payah Naik !! Buat Letih Jaa !!"
Alhamdulillah berjaya sampai Tea Garden.
Semangat kawan kita ni...
Inilah tempat Tea Garden. Ada lagi 3km kalau nak teruskan pendakian. Tapi, disebabkan hari ini hari Jumaat, nak kena balik awal.
Turun balik. Kami jumpa 'Pit Stop'. Tempat ini sangat tersorok. Kalau anda nak cari memang tak jumpa la. Ada di area Watermelon punya checkpoint.
Tandas tu ada dekat area sini. Tapi tak ada tulis pun. Kalau anda ke sini dan emergency, kena lah rajin rajin tanya orang. Kalau tak pun, apa lagi... melaburlah di dalam hutan. Haha..
Turun ke bawah, kami pilih untuk turun ikut hutan. Huhu.. Boleh tahan juga turun ikut jalan ni.
Ini jalan nak daki ke Checkpoint 2.
Alhamdulillah, kami berjaya sampai kembali di tapak kaki Bukit Larut sekitar jam 11.00 pagi.
Kemudian, baru kami breakfast dan balik ke Parit Buntar.
Ia satu pengalaman yang sangat best. Alhamdulillah, dapat menikmat keindahan alam dan dapat bersenam untuk menyihatkan badan.
Tips : Bagi yang belum biasa bersenam dan nak daki bukit macam ni, saya nasihatkan anda bawa spray untuk bagi elak 'cramp' kaki.
Pastikan anda bawa air. Sekurang kurangnya 1 Liter bagi setiap seorang.
Insya Allah, kalau ada rezeki lepas ni saya nak pergi ke Bukit Larut sekali lagi. Tapi nak naik sampai atas jika Allah izinkan.
Oklah.. That's the story for today.
Wassalam.
Mohd Firdaus
"Motivating And Inspiring Others"