Assalamualaikum,
Hari ini, saya ternampak gambar ini di Newsfeed Facebook saya.
Saya rasa ia perlu dikongsikan agar kita sebagai makhluk yang bernama manusia dapat sama sama ambil iktibar daripada apa yang terdapat dalam gambar di bawah ini.
Seekor kucing telah dilanggar oleh kereta dan mati di tengah jalan. Kawannya menggigit belakang leher kucing yang mati itu untuk di bawa ke tepi jalan.
Mampu mengheret sahabatnya ke tepi jalan.
Sayang seribu kali sayang. Sahabatnya sudah mati. Dilanggar betul betul di kepala.
Mungkin kucing ini masih lagi bersedihan.
Pengajaran :
1. Allah mencampakkan rasa ihsan pada seekor kucing bila kawannya di langgar dan mati di jalan raya.
2. Kita sebagai manusia perlu ada rasa ihsan dan kasihan kepada haiwan.
3. Kita perlu membantu rakan kita sekiranya mereka memerlukan pertolongan.
Semoga kisah ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada diri kita.
Saya doakan Allah merahmati kita semua. Semoga kita semua di masukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Wassalam
Mohd Firdaus
Sila Tekan Button Share Di Bawah Jika Anda Rasa Kisah Ini Bagus Untuk Dikongsikan Dengan Rakan Anda Yang Lain