Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Insya Allah, hari yang ditunggu tunggu akan menjelma.
1 April 2015 akan menjadi sejarah di Malaysia kerana rakyat Malaysia akan dikenakan cukai terhadap hampir kesemua barangan dan servis yang diambil.
Sebagai ibu bapa, kita tidak terlepas daripada 'beban' cukai ini.
Walaupun 'cukai' ini dikatakan bagus untuk pembangunan negara, secara personal saya tetap tidak bersetuju.
Alasan saya mudah.
Hari ini, ramai gila rakyat Malaysia yang hidup dalam kesempitan. Tak cukup duit untuk belanja barang keperluan.
Tiba tiba sekarang dah kena caj 6% pula.
Kesan GST Terhadap Ibu Bapa
![]()

Ada beberapa perkara asas yang kita semua perlu tahu.
Yuran sekolah akan dikecualikan dari GST. Tetapi dijangkakan akan ada kenaikan 10% dalam yuran persekolahan anak. Begitu juga dengan kos perubatan, dijangka akan naik 1%-2%.
Bermula dari saat seorang ibu mengandung, sudah perlu membayar GST terhadap beberapa barang keperluan.
Selepas baby dilahirkan, hanya susu formula anak yang dikecualikan dari GST. Yang lain.... Hehe.. Selamat berGST.
Bila baby dah besar sikit, hanya Oats dan Rice yang dikecualikan dari GST. Yang lain, semua kena GST.

Bila anak dah besar dan nak masuk sekolah. Ingat yer, yuran sekolah dikecualikan dari GST. Tapi percayalah, akan berlaku kenaikan harga yuran tersebut. Ini bagi menampung kenaikan kos operasi di sekolah akibat daripada GST terhadap barangan yang digunakan.

Bila anak di sekolah menengah, gambar di sebelah kiri adalah perkara perkara yang dikecualikan dari GST. Saya bagi contoh, makanan dan minuman di sekolah tidak dikenakan GST. Tetapi pengusaha kantin terpaksa bayar lebih untuk beli bahan mentah. Agak agak harga makanan dan minuman akan dinaikkan tak di sekolah? Memang tak ada GST. Tapi harga pasti akan tetap naik.
Saya rasa ramai orang yang kehidupan mereka akan mula terjejas. Ramai orang akan semakin kekurangan wang.
Nasihat Kepada Ibu Bapa
Nasihat saya kepada anda, sila buat bisnes. Bukan sila dah ni.
Ayat lebih mudah untuk anda faham.
ANDA WAJIB BELAJAR BUAT BISNES SEKARANG !!!!!
Tak kisahlah bisnes apa pun yang anda nak buat. Pastikan anda cari mentor terlebih dahulu.
Nasihat saya mudah. BUAT BISNES.
Sekarang anda hanya ada dua pilihan.
1. Kurangkan perbelanjaan anda disebabkan kenaikan harga barang yang akan berlaku.
2. Buat bisnes. Tambahkan pendapatan anda.
Saya doakan, anda yang membaca blog ini akan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita untuk berhadapan dengan GST ini.
Semoga "Anda Kaya Dan Berjaya".
Wassalam.
Maria Firdaus
Founder of Maria Firdaus Empire
Sila Share Entri Ini Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat