Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menonton video ini diberikan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.
Soal Pasal Berhenti Kerja
Baru baru ini, ada seorang pembaca blog ini PM saya di facebook dan bertanya mengenai pengalaman saya memulakan bisnes.
Saya kongsikan dengan beliau, saya mula buat bisnes tahun 2005.
Persoalan yang beliau tanya saya.
"Macam mana saya decide nak berhenti kerja. Sebelum resign, bisnes macam mana? Macam mana you survive?"
Maksud soalan soalan beliau lebih kurang macam tu la.
Sebenarnya, panjang cerita macam mana saya memulakan bisnes. Tapi, saya cuba ringkaskan agar kisah pengalaman saya ini dapat memberi pengajaran kepada ramai orang.
Istikharah Setahun
Untuk pengetahuan anda, sebelum berhenti kerja saya bukan berhenti kerja meng'khinzir' buta.
Saya tunaikan Solat Istikharah selama setahun.
Saya minta petunjuk dari Allah untuk saya mulakan bisnes dan berhenti kerja.
Alhamdulillah, Allah lorongkan jalan kepada saya.
Segalanya, nampak macam mudah.
Akhirnya saya berhenti kerja sebelum memulakan perniagaan.
So, dalam erti kata yang lain saya mula perniagaan dengan income zero. Saya berhenti dan baru mulakan perniagaan.
Bagi saya, jangan buat macam saya. Kalau anda nak buat sesuatu bisnes, pastikan anda jalan bisnes itu secara part time dahulu.
Sekiranya ada yakin anda mampu mencapai lebih jauh dengan bisnes, barulah anda berhenti kerja dan fokus kepada bisnes.
Masa saya mula bisnes, saya tak ada hutang pada waktu itu. Saya tak beli kereta, saya tak beli rumah dan saya masih belum berkahwin. Dan saya tinggal bersama keluarga.
Dalam erti kata yang lain, pada waktu itu jika berlaku sesuatu kepada bisnes saya. Saya tak makan pasir la.
Alhamdulillah, syukur memang saya tak perlu makan 'pasir' sepanjang buat bisnes. Allah banyak mudahkan urusan saya.
Nasihat Buat Anda Yang Nak Berhenti Kerja
Jika ada di antara anda yang terasa nak berhenti kerja. Izinkan saya untuk beri beberapa nasihat ringkas untuk anda.
1. Jangan Resign Sebab Tak Suka Bekerja
Percayalah, bila anda buat bisnes anda akan lebih banyak kerja. Kalau kita bekerja makan gaji, kita hanya perlu buat kerja yang ditetapkan untuk kita.
Tapi, bila buat bisnes, semua benda kita nak kena buat diperingkat awal. So, jangan tak suka untuk BEKERJA.
Tapi, kalau anda rasa bisnes mampu buat anda lebih kreatif dan lebih bersungguh untuk bekerja, then silakan berhenti.
Insya Allah, anda akan kaya lebih cepat dengan buat bisnes.
2. Jangan Resign Sebab Tak Suka Kawan Satu Office Yang Dengki Dengan Anda
Jangan nak berhenti kerja dan nak buat bisnes hanya kerana tak suka dengan perangai seorang dua kawan dalam office kita.
Sebabnya, kalau kita berhenti dan buat bisnes percayalah nanti kita akan ada masalah juga.
Bila kita buat bisnes nanti, akan ada ramai orang yang tak suka dengan kita. Akan ramai yang nak berdengki dengan kita.
Tapi, berhenti lah kerja jika anda yakin anda dapat buat networking yang lebih bagus dengan buat bisnes.
Saya dah perhatikan, ramai orang berjaya selepas berhenti kerja dan buat bisnes.
Saya juga perhatikan, ramai orang gagal selepas berhenti kerja untuk buat bisnes.
Nasihat terbaik saya, solat Istikharah. Minta petunjuk daripada Allah. Insya Allah, Allah akan berikan petunjuk yang terbaik untuk anda.
Jom baca kisah, macam mana Maria berhenti kerja dan buat bisnes di sini :
www.ebookniaga.com/sorryboss/maria
Wassalam