Assalamualaikum,
Saya doakan anda semua dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Saya doakan, anda menjadi Jutawan Bertakwa.
Aminkan ajelah doa saya ni. Mana tahu, pintu langit sedang terbuka waktu ini.
Diet Tak Boleh Makan Nasi?
Hari ini, saya terjumpa satu posting dari seorang sahabat.
Beliau nak berdiet. Diet yang beliau amalkan adalah tidak mengambil karbo. Memandangkan nasi mengandungi karbo yang tinggi. Beliau tidak makan nasi.
Kalau anda nak amalkan teknik diet macam ni, anda perlu mempunyai hati yang tegar.
Satu soalan saya nak tanya, berapa lama anda sebagai rakyat Malaysia boleh bertahan untuk hidup tanpa makan nasi?
Di Malaysia, di mana mana sahaja NASI.
Anda nak lari ke mana?
Suatu hari nanti, pasti dan pasti akan terkucil juga akhirnya.
Kisah Sahabat A
Beliau ceritakan berat asal beliau 100kg, 4 bulan tak makan nasi. Berat turun ke 80kg. Lepas tu bila beliau mula ambil nasi kembali, berat naik kepada 110kg.
Sekarang, berat beliau 110kg. Kesian sangat.
Kisah Sahabat B
Anda bacalah sendiri.
4 hari turun 5kg. Lepas tu tak leh tahan, makan nasi. Dalam tempoh 11 hari, berat naik balik 7kg.
Anda nak ke jadi macam ni?
Ini namanya YOYO. Lagi cepat anda turun, lagi cepat anda naik balik. Dan naik pasti lebih dari berat asal.
Faham ke faham?
Adakah Nasi Yang Bersalah?
Jika anda tanya saya soalan ni. Jawapan saya, nasi langsung tak bersalah. Yang bersalah adalah orang yang makan nasi. Kalau makan nasi sampai dua tiga pinggan macam mana tak gemuk.
Masa saya diet, saya makan nasi setiap hari. Alhamdulillah, berat masih turun.
Yang penting, nak turunkan berat badan mesti tahu caranya. Pastikan ada ilmu dan mentor.
Nanti terpaksa kurus. Insya Allah.
Penurunan Berat Yang Betul?
Anda boleh kaji, carilah info di internet penurunan berat yang ideal adalah sekitar 4-5kg sebulan.
Kalau kita turunkan berat secara perlahan lahan, ia akan lebih stabil dan sukar untuk naik kembali.
Nak Tahu Teknik Menurunkan Berat Badan Yang Berkesan?
Anda bacalah Ebook di bawah ini. Now Everyone Can Kurus.
Saya tulis sendiri buku ini. Alhamdulillah, saya berjaya turunkan berat badan tanpa perlu rasa lapar. Yang lagi best, WAJIB makan nasi.
Kalau tak makan nasi, nanti mentor saya marah.
Ada dua cara nak dapatkan ebook ini.
Cara Pertama :
Anda buat belian dengan harga RM10. Masukkan ke akaun Maybank
Mohd Firdaus Mat Saad - 152116040160.
Cara Kedua :
Sila tekan Button SHARE di bawah atau di atas entri ini. Kemudian, SHARE LINK ini di FB anda. Anda layak dapat secara PERCUMA tanpa perlu membuat sebarang bayaran.
Selepas dah buat bayaran / SHARE, sila download ebook ini di sini :
Semoga ia bermanfaat untuk anda.
Wassalam
Mohd Firdaus
Founder of Mariafirdaus Empire
"Now Everyone Can Kurus"
"Jom Kurus Dari Rumah"
Sila Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat.