Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Travelog Umrah 2014 : Part 1 - Dijemput Menjadi Tetamu Allah

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini sentiasa di limpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Semoga Allah mudahkan urusan anda di dunia dan di akhirat.

"Anda Kaya Dan Berjaya..... "

Anda aminkan sajalah doa saya sebabnya doa seorang musafir sangat mustajab.

Cabaran Menjadi Tetamu Allah

Sekadar berkongsi dengan anda, ini bukan kali pertama saya untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah, Allah banyak kali menjemput saya ke sana.

Tetapi kali ini ujiannya lebih besar buat saya.

Memang setiap yang nak jadi tetamu Allah dihadirkan ujian yang berbeza untuk menguji tahap keimanannya.

Ada beberapa kali saya 'gagal' dalam ujian.

Untuk pengetahuan anda, pada tahun ini pihak kedutaan Arab Saudi mengetatkan syarat untuk kelulusan VISA Umrah.

Disebabkan masalah ini, pihak kami terpaksa menunda perjalanan kami dari 10hb ke 13hb. Sehingga ke saat akhir VISA masih belum lulus.

Dan akhirnya kami mendapat berita VISA diluluskan tetapi penerbangan kami ditunda ke 15hb Disember 2014.

Kalau nak difokuskan masalah, akan banyak lagi masalah yang timbul.

So, saya tak nak cerita dah bab masalah.

Jom kita cerita yang best best saja.

"What we focus will expand"

Antara pengajaran yang saya dapat adalah :

1. Kita yang berpeluang untuk menunaikan umrah sebenarnya adalah TETAMU JEMPUTAN ALLAH.

Saya melihat sendiri kali ini bagaimana orang yang tidak ada sumber kewangan yang mencukupi, tetapi keinginan untuk menunaikan umrah yang tinggi. Akhirnya Allah pilih dia untuk ke sana.

Saya melihat sendiri, orang yang tidak mampu menunaikan umrah, ada orang yang 'sponsor' 100% perjalanannya.

Saya melihat sendiri, ada orang yang Visa mereka sudah diluluskan tetapi mereka memilih untuk tidak menunaikan umrah kerana pelbagai sebab.

Namun, bagi saya mereka belum dipilih oleh Allah untuk ke sana.

Benarlah apa yang orang kata, "Hanya orang yang bersabar dan dijemput Allah dapat hadir ke tanah suci."

Ada orang yang dah tiba di Jeddah pun dihantar pulang ke Malaysia atas sebab sebab tertentu.

Apa pun jua, kita sentiasa mendoakan yang baik baik untuk kita semua.

Persiapan Menuju Ke Tanah Suci

Saya ke Tanah Suci kali ini bersama keluarga dan rakan rakan saya.

Kami merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti ibadah di sana.  Sama ada ibadah khusus, wajib dan sunat.

Kami nak buat yang terbaik setakat yang kami mampu.

Antara yang mereka teruja nak buat adalah untuk mendaki Gua Hira'. Untuk melihat sendiri tempat Rasulullah menerima wahyu yang pertama.

Memandangkan kami akan mendaki pada waktu malam, saya beli Headlight Torchlight sebagai persiapan.


Lampu untuk letak di kepala

Farees Nak Makan Kek

Anak saya Farees tidak ikut saya kali ini.

Sebelum kami berlepas, Farees cakap. "Abi saya nak makan kek..."

So.. saya memenuhi hasrat dia dulu.


Secret Recipe. Tempat kegemaran Farees untuk makan kek.


Saya bawa dia gunting rambut. Bila balik rumah. Nak gunting rambut sendiri. Inilah hasilnya... Anakku.. Oh Anakku...


Beg saya dah di isi penuh dengan barang. Hehe.. Nampak ajer besar, dalam beg ini 95% barang orang. Saya penuhi hasrat kawan saya yang tinggal di Madinah. Bawa barang untuk beliau.


Cer teka.. Ape ni? Hehe.. Inilah Sate Kajang Haji Samuri yang dah di frozenkan... Anak kawan saya teringin nak makan. Ada kuey teow frozen. Isteri beliau nak makan.

Menaiki Bas Ke KLIA

Untuk memudahkan urusan saya, saya memilih untuk naik bas yang disediakan oleh pihak syarikat ke KLIA.

Kami bertolak dari Tol Jawi pada pukul 12.30 malam.


Menunggu bas di luar tol Jawi.


Berada dalam bas yang sangat selesa.


Tak boleh tidur sangat dalam bas. Berhenti seketika di Simpang Pulai untuk saya Solat Tahjud. Berdoa agar segala urusan dipermudahkan Allah dan agar saya diterima sebagai tetamu Nya yang istimewa.


Kami bersolat Subuh di Dengkil. Solat Dhuha di sini dan akan bertolak ke KLIA selepas ini.

Insya Allah, saya akan update kepada anda semua perjalanan kami secara LIVE di blog ini.

Segalanya untuk anda. Sebab saya nak beri anda rasa pengalaman dan perasaan saya menunaikan umrah.

Semoga satu hari nanti, Allah beri peluang kepada anda untuk menjadi tetamu Nya yang istimewa.

Wassalam.

Master Maria Firdaus
Founder Of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Saya Mohon Sangat. Anda Tekan BUTTON SHARE Di Bawah. Mungkin Ia Dapat Beri Motivasi Kepada Rakan Anda Yang Lain Untuk Menunaikan Umrah.

Tekan.. Jangan Tak Tekan.... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919