Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Part 2 punya entri dah melebihi 35 LIKES. Thanks buat mereka yang sudi support saya.
Perkongsian seterusnya mengenai apa yang diajar oleh Dr Azizan Osman di dalam kelas Seminar Rahsia Hidup Luar Biasa di Sunway Carnival hari Jumaat malam yang lepas adalah mengenai FOCUS.
Apa itu FOCUS?
F - Forget
O - Others
C - Commitment
U - Until
S - Success
Itulah FOCUS. Kita menumpukan perhatian, lupakan perkara lain, berikan komitment sehingga kita berjaya. Siapa yang boleh buat perkara ini, insya Allah mudah untuk berjaya.
"Siapa nak tahu say 'I'," Soalan favourites Dr Azizan. Suka suruh peserta angkat tangan. Sapa tak angkat nanti kena 'marah'. Haha...
Tengok lah mamat yang pakai topi tu. Soooo Focus... Kena FOCUS macam tu la, baru senang nak absorb semua ilmu dari Dr Azizan.
Orang yang fokus, mereka mulakan sesuatu perkara, mereka akan buat sehingga berjaya.
Orang yang tak fokus pula, mereka nak buat macam macam perkara, tapi akhirnya satu pun tak berjaya.
FOKUS DALAM PERNIAGAAN
Perkara ini sering ditekankan oleh Dr Azizan. Ramai anak bangsa kita yang buat bisnes, tapi tak boleh nak fokus. Mereka nak buat macam macam dalam satu masa. Akhirnya, semua tak menjadi.
Sebagai contoh, baru baru ini ada seorang usahawan yang baru memulakan perniagaan 2 minggu, beliau menghubungi saya sebab nak menceburi ternakan ayam daging.
Saya terus menasihatkan beliau untuk fokus dahulu dalam perniagaan yang beliau jalankan sekarang. Make sure business sedia ada menjana riban riban dahulu, bila dah stabil baru buat bisnes baru.
Selepas itu, saya bertanya kepada beliau marketing strategy yang beliau gunakan semasa menjalankan perniagaan A.
ADUH!!!!! Kasihan rasanya. Marketing strategy tak cukup power. Selepas itu, saya bagi 'tazkirah' kepada beliau mengenai cara pemasaran yang boleh beliau lakukan untuk meningkatkan sales beliau. Saya bagi tak banyak, dalam 4 tips sahaja. Saya mahu beliau buat dulu semua tips ini kemudian baru saya akan tambahkan lagi tips untuk beliau lebih berjaya dalam perniagaannya.
That's why we need to FOCUS. When we focus, we can do many thing. Insya Allah.
PELAJAR TAK BOLEH FOKUS.
Adakah anda tahu, ramai pelajar hari ini tak dapat nak fokus dengan pembelajaran mereka di sekolah, kolej dan universiti.
Macam mana saya tahu? Sebab saya selalu masuk ke sekolah, kolej dan universiti untuk memberi ceramah motivasi pelajar cemerlang kepada mereka.
Mereka sering mengutarakan masalah tak cukup masa, kerja terlalu banyak, mereka tak dapat fokus dalam pelajaran mereka dan lain lain lagi. Mereka mengatakan mereka sibuk.
SIBUK !!!!
Sibuklah sangat.. Saya just nak share dengan anda, saya bekas pelajar MRSM Taiping, Kolej Mara Banting dan University of Sheffield.
Kalau nak kata sibuk, saya rasa saya cukup sibuk masa belajar dahulu. Misalnya ketika saya di Kolej Mara Banting, program kami disingkatkan dari tempoh 2 tahun kepada 1 tahun 6 bulan. Kelas kami bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. Saya juga merupakan Presiden Persatuan Peers masa tu. Hidup kami sentiasa terkejar kejar ketika berada di sana.
Di University pula, saya merupakan Presiden Sheffield Malaysian Student Association.
Sibuk? Memang saya teramat sibuk. Tapi, Alhamdulillah saya bersyukur kerana sejak saya di bangku sekolah lagi. Saya telah di ajar dengan begitu detail oleh abang saya bagaimana mahu fokus dalam melakukan sesuatu kerja.
Abang saya juga mengajar saya macam mana nak handle kerja yang banyak dalam satu satu masa. Syukur, dengan segala teknik dan rahsia ini. Saya merupakan best student dalam department saya dan satu satunya pelajar yang mendapat First Class Honours di situ. Alhamdulillah.
Semua ini hanya boleh dicapai kalau saya tahu macam mana mahu FOKUS.
PERKONGSIAN DALAM EBOOK
Sebenarnya, saya berkongsi perkara yang sama seperti yang Dr Azizan sampaikan di dalam EBOOK saya. Saya berkongsi dalam EBOOK itu macam mana saya mampu handle untuk buat kerja yang banyak dalam satu satu masa. Dan Alhamdulillah, saya dapat siapkan semua kerja dengan kualiti yang baik.
Semuanya ada tertulis di dalam EBOOK itu. Cuba anda bayangkan, bab FOKUS hanyalah salah satu bab daripada 36 Rahsia macam mana seseorang pelajar itu boleh menjadi pelajar yang luar biasa hebatnya.
Kalaulah kesemua 36 rahsia ini diketahui oleh anak-anak/adik-adik anda. Insya Allah, saya teramat yakin. Mereka juga mungkin akan berjaya dalam pelajaran sama seperti saya. Mereka mampu untuk menjadi pelajar terbaik di sekolah, kolej dan di universiti mereka.
Saya mendedahkan rahsia yang begitu 'berharga' dalam 3 buah EBOOK yang berjumlah 280 muka surat, di jual pada harga RM30 ( Boleh refund kalau tak puas hati ). Itu pun ada orang yang kata mahal.
ADUHHHHH......
( Bagi mereka yang berminat, boleh layari http://www.mariafirdaus.com.my/2013/06/pelancaran-ebook-rahsia-kejayaan_6.html )
**** Kelaut dah saya tulis entri ni. Macam mana boleh termasuk bab EBOOK ni. Tak fokus ni. Fokus balik fokus balik...... Heheh. *****
Ok.. Perkongsian seterusnya untuk entri selepas ini bertajuk, "RAHSIA ORANG KAYA" yang disampaikan oleh Dr Azizan. Untuk entri kali ini ditulis, saya mohon kerja sama anda. Saya mahukan "30 LIKE + ADD COMMENTS : RAHSIA HIDUP LUAR BIASA"
Anda just tekan LIKE Button, then Comment "Rahsia Hidup Luar Biasa". Cukup 30 Likes dan Comment, saya akan tulis pula RAHSIA ORANG KAYA yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman baru baru ini.
Wassalam