Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Nak Kirim Doa Di Kaabah - Percuma !!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini dimurahkan rezeki, diberi yang terbaik kepada anda dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat.

Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya. Anda Jadi Jutawan Bertakwa"

Anda Amin kan sajalah doa saya ni. Mana tahu Allah sedang buka pintu langi sekarang.

Kisah Seorang Sahabat

Ada seorang sahabat, beliau minta saya doakan kepada beliau dua perkara. 

"Sama ada Allah kurniakan dia anak lelaki "
ATAU

"Allah berikan dia RM100,000 dari rezeki yang tidak disangka sangka."

Pada waktu itu, saya ke Mekah. Saya doakan untuk beliau.

Sekali...... Baru baru ni beliau beritahu saya.

"Firdaus, terima kasih doakan aku. Sekarang Allah bagi aku anak lelaki. Dan yang lebih best Allah bagi aku RM1,000,000 dari sumber yang aku tak pernah sangka"

Amcam? 

Bukanlah saya nak kata doa saya ni makbul sangat. 

Tapi, apa salahnya sesekali kita minta kawan kawan kita doakan untuk kita. Tak salahkan....

Tawaran Untuk Saya Berdoa Untuk Anda Di Mekah


Multazam, tempat mustajab berdoa

Insya Allah, pada hari Isnin ini 15 Disember 2014 saya akan menunaikan umrah bersama keluarga.

Dikelapangan ini, saya ingin membuka tawaran untuk saya mendoakan anda di depan Multazam dalam Masjidil Haram dan di Raudhah di Masjidil Nabawi.

Bagi memudahkan kerja saya, saya mohon anda ikut format yang saya minta ini :

1.Tapi semua doa dalam Microsoft Words. Jangan lebih dari 1 muka surat yer. Guna Saiz Font 14.

2. Guna kata ganti diri yang ketiga semasa menulis ayat tu. Contohnya, 

Ya Allah, sahabatku Khairul meminta aku mendoakan kepada beliau beberapa perkara:

1. Ya Allah, tetapkan iman Khairul sekeluarga. Matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman.

2. Ya Allah, Khairul memohon pada Mu agar Engkau menjadikan anak anaknya anak yang soleh dan solehah. Berikan kejayaan kepada anaknya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

3. Ya Allah, bantulah Khairul dalam perniagaannya. Jadikanlah dia seorang jutawan yang bertakwa.

4. Ya Allah, pilihlah Khairul untuk menunaikan haji sebelum berumur 35 tahun. Permudahkan urusannya.

5.

6.

7.

8.

9.

Apa yang saya tulis ini adalah contoh. Anda boleh tulis ayat anda sendiri ikut keselesaan. Make sure anda guna kata ganti diri yang ketiga macam saya tulis di atas.

Jangan tulis. "Ya Allah, kurniakan aku seorang isteri yang solehah...." 
Takut saya tersalah baca depan Kaabah nanti, then Maria tolong Aminkan pulak...

Panjang ceritanya nanti..... Alah, gurau pun tak boleh....

Kesian saya nanti. Cukuplah sorang isteri. Maria dah cukup baik untuk saya. Jangan kembang yer sayang...

Kalau boleh doa tu biarlah terang dan jelas. Jangan buat ayat berbelit belit.

Hantar ke emel saya di mariafirdausblog@yahoo.com sebelum hari Sabtu ini, 13 Disember 2014, waktu penerimaan terakhir adalah jam 8.00 malam.

Doakan Saya Yer......

Kepada anda yang baca blog ini, tolong doakan kesejahteraan saya yer. Dipermudahkan segala urusan di sini dan di sana.

Umrah Badal

Jika ada di antara anda yang berhajat untuk saya atau jemaah yang bersama saya melakukan umrah badal untuk ahli keluarga anda yang sudah meninggal dunia.

Anda boleh maklumkan kepada saya. 

Biasanya, untuk umrah badal orang ambil upah RM300 jika anda terus berhubung dengan agen.

Jika anda berhajat untuk minta bantuan daripada saya untuk uruskan umrah badal sama ada untuk arwah ibu atau arwah ayah anda,  atau adik beradik anda yang lain saya cadangkan anda beri RM200 cukup lah. Kalau tak cukup duit, bagi tahu. Insya Allah kita cuba penuhi hajat anda sekadar termampu.

PM Maria : 019-259 2731 jika ada yang berhajat.

Mungkin saya tak mampu nak buat semua umrah badal ni nanti, insya Allah saya akan minta bantuan rakan rakan saya yang pergi sekali bersama saya nanti.

So, takkan saya nak minta tolong mereka free pulakkan...

Saya harap anda faham, apa yang saya buat ini BUKAN SATU PERNIAGAAN OK. Saya sekadar membantu menguruskannya sahaja.

Saya takut ada di antara anda yang salah faham pulak nanti.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Founder of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Boleh Tak Anda Tekan Button SHARE Di Bawah Ni. Mungkin Ada Sorang Dua Kawan Anda Yang Nak Kirim Doa Kepada Saya Nanti.....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919