Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Bolehkah Kita Bersedekah Sambil Terlalu Mengharapkan Ganjaran Daripada Allah? Jawapan Dari Ustaz Don

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan agar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my sentiasa dirahmati Allah.

Pagi tadi saya ada menonton rancangan Tanweer di TV9, salah seorang ahli Panel adalah Ustaz Don.



Ada soalan daripada penonton yang berbunyi:

"Bolehkah kita bersedekah sambil terlalu mengharapkan ganjaran daripada Allah Taala?

Ini perkongsian daripada Ustaz Don:-

Ada suatu kes di sebuah negeri di Malaysia.

Seorang Cina Non-Muslim datang ke Pejabat Agama Negeri dan berkata "Saya nak bayar zakat".

Staff Pejabat agama tu pun pelik lah. Dia bagitau tak boleh sebab Zakat hanya untuk Muslim saja.

Mereka pun tanyalah "Kenapa Uncle nak bayar zakat?"

Uncle tu cakap. "Saya baru saja bankrap. Saya ada bukak satu surat khabar, dia tulis "Kalau kamu berzakat, pasti Allah tambah lipat gandakan harta kamu."

Jadi saya mahu itu duit saya lagi banyak. Sebab itu saya mahu bayar zakat."

Fuhh!! Sampai macam tu sekali.

Ok, jadi mereka pun ambil keputusan untuk meraikan hasrat Uncle tersebut dan masukkan wang tersebut di bawah Wang Tidak Patuh Syariah.

Beberapa bulan lepas tu, Uncle tu datang kembali.

Kali ni dia bawa wang yang LEBIH BANYAK untuk "Zakat" berbanding yang sebelum ni.

Uncle tu kata "Betullah itu Zakat boleh bagi kaya. Bisnes saya sudah untung besar, jadi sekarang saya mahu bayar "Zakat" lagi banyak,"

Subhanallah!

Jadi apa kesimpulan daripada Ustaz Don?

Beliau kata, untuk kita yang level keimanan biasa-biasa ni (tak sampai ke tahap ulama atau wali Allah), TIDAK SALAH untuk kita melakukan kebaikan untuk mengharap ganjaran daripada Allah.

Bukannya harap ganjaran dari manusia yang kita bantu tu yer.

Itu tak dikira RIAK pun. Lebih kurang macam analogi kita melipatkan gandakan ibadah di bulan Ramadhan. Sebabnya kita nak kan pahala yang lebih berlipat kali ganda daripada bulan-bulan biasa.

Siapa boleh confirm yang dia solat Subuh pagi tadi 100% IKHLAS kerana Allah, bukan sebab kita diwajibkan bersolat?

Takde siapa boleh confirm kan?

Ada analogi lain yang Ustaz Don bagitahu, ada tak kita tiba-tiba call Boss pagi-pagi.

"Boss, harini saya tak boleh datang kerja lah."

Boss pun tanya "Kenapa pulak?"

"Bangun pagi tadi, saya tiba-tiba rasa TAK IKHLAS nak pergi kerja."

Hehe..boleh gitu??

Jadi jangan nak tunggu IKHLAS baru nak buat sesuatu kebaikan.

Kalau nak tunggu IKHLAS, takut-takut sampai mati pun kita masih tak mampu nak buat kebaikan.

Biarlah keikhlasan itu dinilai oleh Allah Taala saja, tak perlu kita sebagai manusia sibuk-sibuk nak menilai keikhlasan diri sendiri, apatah lagi menilai keikhlasan orang lain.

Tugas kita, sentiasalah berdoa agar Allah menerima segala amalan kita di dunia ini.

Sekian, semoga ilmu ringkas yang saya dapat pagi tadi dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Wassalam.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat, sila tekan button SHARE di bawah. Mudah-mudahan ia memberi kebaikan kepada rakan-rakan kita yang lain.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919