Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Kursus Umrah Online PERCUMA !!!!

$
0
0
Assalamualaikum,

Saya doakan para pembaca blog Mariafirdaus.com.my sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

3 hari ini saya tersangat sibuk. Dalam keadaan kerja yang agak banyak, saya cuba untuk menyelitkan satu projek yang tidak kurang pentingnya.

Sebelum ni saya terfikir, apa yang saya boleh buat untuk mencari pencen kubur. Akhirnya Allah bagi idea kepada saya untuk buat perkongsian pengalaman saya menunaikan umrah dalam bentuk video.

Idea ini datang secara spontan. Syukur Alhamdulillah atas idea yang Allah berikan.

Saya ni pula, bila ada idea baik tak suka tangguh tangguh, tambah tambah kalau ia melibatkan pahala dan pencen kubur. Mesti kene disegerakan kerana saya tak tahu bila saya akan mati.

Kursus Umrah Online Mariafirdaus.com.my Percuma

Alhamdulillah, setelah 3 hari bertungkus lumus untuk menyiapkan rakaman, suntingan dan upload ke Youtube, 85% dari kerja saya selesai.

Saya selesai buat rakaman dan juga editing 25 video persoalan yang orang nak pi umrah perlu tahu.

Saya harap sangat, apa yang saya kongsikan ini dapat merungkai 1001 persoalan yang bermain di fikiran mereka yang baru pertama kali akan menunaikan ibadah umrah ini.

Saya sehabis baik cuba melakukan yang terbaik dari segi 'content' video ini. Saya nak kalau boleh biarlah orang yang nak pi umrah buat kali pertama akan terus faham bila tengok video saya ini.

Lagi pun, saya buat video ini secara PERCUMA. Bagi lebih ramai orang berpeluang untuk mengikutinya.

Bagi mempermudahkan pemahaman para pembaca, saya membahagikan perjalanan umrah kepada 25 bahagian.

Bermula dari awal sehinggalah ke perjalanan pulang.

Mudah mudahan, apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk memahami perjalanan umrah yang sebenarnya.

Jangan risau, video ini saya sertakan dengan banyak gambar. Maksudnya, saya akan tunjukkan gambar apabila saya bercakap mengenai perkara tersebut. Mudah mudahan, anda akan lebih mudah faham apa yang cuba saya sampaikan.

So....  Anda semua boleh mengikuti video ini mengikut nombor supaya anda lebih faham.



Video Pendahuluan Kursus Umrah Online Mariafirdaus.com.my



Topik Pertama : Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Menunaikan Umrah



Topik Kedua : Persiapan Untuk Menunaikan Umrah



Topik 3 : Saya Nak Pi Umrah, Sekarang Saya Nak Buat Apa. 



Topik 4 : Barang Yang Nak Di Bawa Semasa Ke Tanah Suci Untuk Menunaikan Umrah



Topik 5 : Perkongsian Pengalaman Perjalanan Dari Malaysia Sehingga Ke Tanah Suci



Topik 6 : Keistimewaan Bumi Madinah



Topik 7 : Ibadah Yang Boleh Di Lakukan Di Masjid Nabawi




Topik 8 : Ziarah Dalam Masjid Nabawi




Topik 9 : Kelebihan Dan Tips Berada Di Raudhah



Topik 10 : Ziarah Luar Di Madinah



Topik 11 : Barang Nak Beli Di Tanah Suci

  * Topik Ke 12 Sehingga Ke 25 Akan Di Upload Secara Berperingkat.

Internet di rumah saya 'tersangat laju'. Dengan kelajuan 2MBPS maksimum, satu video adakalanya mengambil masa 2-4 jam untuk di upload. Itu pun kalau tak sangkut. Kalau sangkut, kena buat lain.

Walau apa pun, saya akan mengemas kini enteri ini satu persatu insya Allah.

Anda doakan saya yer.

Wassalam

Hj Mohd Firdaus Mat Saad
Founder Of Maria Firdaus Empire
"Memberi, Memberi Dan Terus Memberi Sehingga Di Jemput Pergi"
"Jom Pi Umrah Dan Haji Di Usia Muda"

Feel Free To SHARE This Entri. Insya Allah. Banyak Pahala Yang Akan Anda Dapat. Mungkin, Dengan Hanya Satu Klik SHARE Sahaja, Ia Mempermudahkan Urusan Rakan Rakan Anda Yang Nak Menunaikan Umrah. Anda Dapat Pahala Sama.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles