Assalamualaikum,
Saya doakan Allah permudahkan urusan anda. Di beri kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
Hari ini nak kongsi kisah simple.
"Setiap anak yang dilahirkan di atas dasar fitrah. Hanya kedua ibubapanya yang menjadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Anak anak adalah 'Harta Kita Yang Tidak Ternilai'.
"Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya "Sayangilah anak kita. Semoga mereka menjadi 'benteng' dari kita dimasukkan ke dalam api neraka.
"Abiiii....... Abi mana?"
Jerit Farees malam tadi.
Saya sengaja mendiamkan diri. Waktu tu saya ada di luar rumah.
"Abiiiii....... Abi mana?"
Baru saya jawab.
"Abi ada kat luar la Faree. Ada apa?"
Farees terus berlari kepada saya sambil pegang Ipad ni dan cakap.
"Abi, tengok ni"
Alahai anakku..... Tersentuh hatiku. Hampir mengalir air mata ku melihatnya. Ia sangat simple.
"Farees Love Umi Abi". Tapi, maksudnya sampai ke hati.
"Farees Love Umi Abi". Tapi, maksudnya sampai ke hati.
Terus saya cakap kat Farees.
"Ok... Abi pun sayang Farees."Terus saya peluk dia.
"Good boy anak soleh. Anak pandai. Nanti jadi jutawan bertakwa ok."
Sila abaikan Ipad yang crack tu ok. Masa kecik, Farees ingat Ipad tu penimbang berat. Itulah akibatnya..
"Abi.. Umi mana?" Farees bertanya kepada saya.
"Ummi ada di atas....." Saya menjawab.
Terus Farees berlari naik ke atas sambil bawa Ipad.
Semoga anakku menjadi anak yang soleh, kaya bertakwa dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Wassalam
Mohd Firdaus Mat Saad
"Jom Jadi Ibu Bapa Mithali"