Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

3 Bukti Nak Buat Bisnes Tak Perlu Modal Besar - Mesti Baca !!!

$
0
0

Assalamualaikum,

Saya doakan, Allah mudahkan urusan anda. Diberikan kebahagiaan hidup kepada anda di dunia dan di akhirat.

Baru baru ini, saya berjumpa dengan seorang guru. Beliau berminat nak buat bisnes. Pada usia 50 tahun, beliau terfikir apa yang nak dibuat selepas pencen nanti.

Bisnes adalah salah satu pilihan yang beliau ada.

Soalan yang best, beliau tanya saya, "Firdaus, kalau saya nak buat bisnes nanti, kat mana nak pinjam duit senang"

Selepas itu, saya berkongsi dengan cikgu tersebut mengenai bisnes. Masalah ramai orang, mereka tak nampak 'Apa Itu Bisnes'?

Mereka ingat, kalau bisnes mesti nak kena ada kedai. Kalau bisnes mesti ada pekerja. Kalau bisnes mesti ada kilang. Kalau bisnes, mesti perlu modal yang besar.

Ini adalah KEPERCAYAAN KARUT yang 'menghantui' pemikiran rakyat Malaysia.

Saya berkongsi tips simple pasal bisnes dengan cikgu tersebut.

"Bisnes is all about solving other people's problem. Bisnes adalah menambah nilai hidup orang lain. Bisnes adalah mempermudahkan segala urusan orang lain"

Dan bila kita faham pasal bisnes, kita akan nampak banyak benda sebenarnya boleh convert jadi duit.

Contoh saya kongsikan dengan anda.

Bila saya bersembang dengan cikgu tadi, beliau berusia 50 tahun. Dah 25 tahun mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah.

Bagi saya, beliau mesti 'Pakar' dalam subjek Bahasa Inggeris.

Bagi saya, beliau mesti tahu 'rahsia' macam mana nak bantu para pelajar untuk score A dalam PT3 dan juga SPM.

Then saya cakap kat cikgu tu, kenapa tak tulis ebook "10 Rahsia Mudah Dapat A Dalam Subjek Bahasa Inggeris Untuk PT3 Dan SPM"

Kalau jual harga RM10 ke, RM20 ke. Saya rasa beribu orang akan beli untuk anak mereka.

Kalau 10,000 unit terjual dah dpt dalam RM100,000 ke RM200,000.

Ini dah jadi pasif income.

Isu pertama adalah cikgu ni 'tak nampak' peluang yang beliau ada. Isu marketing untuk ebook itu soal kedua.

Dan bagi saya, ramai orang di luar sana 'terkinja-kinja' nak buat bisnes. Tapi tak tahu nak buat bisnes apa.

Ramai Juga Yang Datang Minta Nasihat

Kes yang sama, ramai orang hubungi saya, tanya macam mana nak pinjam duit bank untuk buat bisnes.

Bukan sikit yang hubungi saya, sangat ramai. Ini isu ramai rakyat Malaysia. Nak buat bisnes fikir kena modal yang besar. Nak buat bisnes kena ada kedai.

Sebenarnya tak. Bisnes is all about idea. Bisnes is all about marketing strategy.


Bersyukurlah kalau kita jenis seorang yang nampak 'peluang' di hadapan mata kita.

Nak nampak macam tu, kena lah belajar. Kena lah mencari ilmu dalam perniagaan. Carilah mentor. Barulah nak buat bisnes tak susah.

Ini tak, kalut fikir nak buat pinjaman, tapi tak kalut nak fikir macam mana nak run that bisnes succesfully.

Orang Kampung Bisnes Kerepek


Saya bagi contoh akak dalam gambar ni. Simple ajer. 




Saya suka dengan dia. Modal hanya minyak motor sahaja.

Dia bawa motor, pusing pusing kampung jual kerepek dan tempeyek. Anda tengok, hanya dua beg sahaja. Kalau habis, dia balik ambil lagi.

Dia buat sendiri ke kerepek dan tempeyek tu?

TAK !!!!!

Dia ambil dari orang. Dia bayar terus ke kat orang tu?

TAK !!!!!

Dia hutang. Bila dah jual, baru dia pi bayar kat orang tu.

Semasa saya bersembang dengan dia, akak ni sangat peramah. Saya interview la sikit.


Dia target, sehari untung dalam RM50 cukup lah. Dia boleh lepas duit belanja. Oklah kan orang kampung. Sebulan dapat dalam RM1,500. Dia kerja sebelah pagi saja. Sampai tengah hari, dah dapat RM50 boleh balik dengan gembira.


Mungkin ada di antara anda yang baca blog ni, bekerja di 'pejabat' berhawa dingin. Tapi income mungkin kurang dari akak ni. Jangan sentap ok. 

Itu adalah pilihan yang anda dah buat. 

Mana boleh kerja macam akak tu, tak glamer. 

Bawa motor pusing kampung, apa barang !!!!! Tak menjamin masa depan.

Helloooooo....... Saya rasa dari segi kerja, akak ni lebih mudah. Dah la kerja separuh hari sahaja. Boleh dapat geli geli RM50. Kalau kerja full day, boleh dapat dalam RM100. 

Kan boleh dapat dalam RM3,000 sebulan. Dah lagi banyak dari kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja dengan kera______ yang sungguh 'menjamin' masa depan.

Saya minta maaf kalau ada yang terasa.

Saya cuba nak buka mata kita semua. Peluang bisnes terbuka luas di depan mata kita. Cuma kita yang buat buat tak nampak.

Hmmm.... Dah la. Saya tak nak tulis panjang panjang. Nanti ada yang tersentap lebih pulak.

Apa apa pun, jom kita doakan akak ni. Semoga Allah murahkan rezeki dia.  Ilmu yang kita belajar hari ini, nak buat bisnes tak perlu modal yang besar. Perlu ada HATI YANG KENTAL. 

Usah malu buat macam akak ni. Sebab dia dapat untung dengan sangat mudah. Tak sakit kepala nak buat bayaran pinjaman bank. Rileks ajer. Cayalah akak. Saya suppport. Mai rumah saya, saya borong ok.

Sebelum anda habis, saya nak hadiahkan anda satu video best. Kisah ketiga, seorang kerani berhenti kerja kena kutuk then jadi seorang usahawanita yang sangat berjaya hari ini.


 


Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi motivasi kepada kita untuk terus mengubah hidup kita menjadi seorang insan yang luar biasa.

NOTA KAKI : Bukan nak suruh korang berhenti kerja. Nak suruh buat bisnes part time saja. Cari duit tambahan untuk keluarga. Ingat, tahun depan ada GST. Takkan masa tu baru nak 'mengagau' nak buat bisnes apa.

Wassalam

Master Maria Firdaus

Founder Of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Team In Malaysia

"Motivating And Inspiring Others"

Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Posting Ini Bagus. Ramai Lagi Kat Luar Sana Dok Pikiaq Nak Buat Bisnes Apa. Mungkin Satu SHARE Anda Akan Mengubah Nasib Hidup Sahabat Anda. Kalau Rasa Posting Ni Tak Baguih, Jangan SHARE. Ahaks......

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919