Assalamualaikum,
Terima kasih kerana masih sudi menjengah blog mariafirdaus.com.my
Saya doakan segala impian anda akan dipermudahkan Allah. Diberikan kemudahan hidup di dunia dan akhirat.
Sebelum saya pergi ke US, ramai orang cakap kepada saya. "Wah... best la pergi US. Boleh shopping. Barang sana murah."
Sebelum sampai lagi ke US, abang saya yang sudah beberapa kali ke US berkongsi dengan kami tempat tempat yang boleh untuk kami pergi bershopping.
Beliau membuat senarai panjang tempat yang kami boleh shopping, antaranya :
1. Ross
2. Marshall
3. Burlington Factory Coat
4. Target
5. TJ Maxx
6. Gillroy Factory Outlet
7. Nortsdrum
Masalah kami adalah, kami tak boleh bayangkan macam mana tempat shopping ini.
Adakah ia macam kedai kedai biasa di tepi tepi jalan?
Adakah ia macam supermarket atau hypermarket di Malaysia?
Adakah ia satu tempat khusus yang ada banyak kedai jualan murah?
Kami tak tahu. Yang lebih 'menyayat hati', masa untuk kami bershopping di US sangat sangat terhad.
Misalnya, pada hari kedua kami di sana, sebelah pagi kami ada conference. Di sebelah petang pun sepatutnya ada conference. Cumanya bila ia tidak berkaitan dengan kami, kami 'ponteng'. Kami pergi bershopping pada petang itu.
Itu pun, kami tak boleh lama sebabnya kami akan dibawa untuk dinner pada jam 6.00 petang.
So, kami hanya ada masa antara 2.30 petang ke 6.00 petang untuk keluar dari hotel, cari tempat shopping dan shopping.
Memandangkan Long Beach bukan tempat shopping yang bagus, sukar untuk kami cari tempat yang baik. So, kami perlu search di internet dan juga bertanya kepada orang tempatan tempat untuk bershopping di sini.
Di Hilton Hotel itu, ada touch screen TV. Ada information tempat untuk bershopping. Ia sedikit sebanyak bagi hint kepada kami tempat yang boleh dituju.

Bertanya di kaunter hotel, tempat menarik untuk bershopping. Rupa rupanya, hotel menyediakan transportation untuk kami ke city centre kalau kami nak shopping. Alhamdulillah, terpaksa dapat transport ke city centre hari itu. Kami hanya perlu beri tips sahaja kepada pemandu.

Pemandangan area Long Beach Hilton dari tingkat atas.
Keunikan tali pinggang di US. Anda boleh tengok kemain lagi nak pakai tali pinggang dalam van hotel tu.
Petang itu, kami memilih untuk ke ROSS. Dress For Less. Tempat shopping utama di sini adalah pakaian. So, buat anda yang akan ke US satu hari nanti. Saya nak share dengan anda, ROSS adalah tempat wajib pergi kalau nak shopping.
Syurga pakaian. Di sini adalah tempat di mana kita boleh mendapatkan banyak branded items dengan harga yang lebih murah tetapi pada kualiti yang bagus. Jangan risau, di USA tiada barang tiruan macam di Malaysia yer. So contohnya brand Michael Kors, Guess, Levis, Adidas, Puma, ia adalah asli dan bukannya tiruan. So, apa lagi kami pun borong sakan lah di sini.
Anda boleh jumpa banyak kasut berjenama pada harga yang murah. Cumanya, apa yang dipamerkan itu sahaja yang ada. Kalau design yang saya nak tu tak ada saiz, maka saya perlu cari design yang lain.
Beg antara yang murah di sana. Beg Samsonite kalau di Malaysia harganya boleh mencecah RM600-RM800, di sini harganya sekitar RM250 sahaja. So, apa lagi borong la beg sebutir dua. Hehe...
Di sini, baju di susun ikut saiz. Kalau saiz S. Satu rak tu akan saiz S. Kalau saiz M. Satu rak akan saiz M. So senang untuk kita pilih. Tak macam di Malaysia di susun ikut jenis dan brand.
Seluar jeans di sini sangat sangat sangat murah. Jeans Levis boleh dapat dalam harga sekitar USD15 ke USD25 sahaja. Kalau darab 3 pun masih murah lagi. Apa lagi, borong sakan la kami.
Baju budak, usah di kenang. Tersangat murah. So, kami beli siap siap baju dan seluar untuk Farees dan Fateh sampai umur 7 tahun. Bayangkan, seluar jeans Levi's untuk budak budak baru harga USD14. Murah tu.
Seluar jeans di sini sangat sangat sangat murah. Jeans Levis boleh dapat dalam harga sekitar USD15 ke USD25 sahaja. Kalau darab 3 pun masih murah lagi. Apa lagi, borong sakan la kami.
Baju budak, usah di kenang. Tersangat murah. So, kami beli siap siap baju dan seluar untuk Farees dan Fateh sampai umur 7 tahun. Bayangkan, seluar jeans Levi's untuk budak budak baru harga USD14. Murah tu.
Hasil tangkapan untuk shopping 2 jam yang pertama. Habis dalam USD200. So, not bad la. Kami tak boleh shopping lama sebab nak kena balik ke hotel pulak untuk menaiki bas ke tempat dinner.
Antara kedai kedai yang terdapat di sekitar city centre.
Balik ke hotel kami naik teksi. Tambang teksi sekitar USD8 untuk satu trip.
Jarak dari hotel ke city centre sekitar 3km-5km.
Wajah wajah ceria dalam teksi selepas shopping.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya banyak kali kami pergi shopping di sana. Ini baru 'geli-geli', mukadimah saja. Hehe. Insya Allah, lepas ni kami akan kongsikan mega shopping kami terutama di Factory Outlet.
Sebabnya, barang berjenama di US sangat sangat sangat murah.
Oklah... Rasanya cukup dulu perkongsian kami di sini. Insya Allah, entri selepas ini sangat sangat best iaitu, PERCUTIAN DI DISNEYLAND, LOS ANGELES.
So, stay tuned!!
Wassalam.
Master Maria Firdaus
Founder Maria Firdaus Empire's
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia
Jika tidak keberatan, jika tidak menyusahkan anda. Mohon anda tekan LIKE button di bawah ini. Sokongan anda akan terus memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk terus menulis karya yang berkualiti selepas ini.