Assalamualaikum,
Saya doakan, anda semua yang membaca blog ini sentiasa dirahmat dan diberkati Allah.
Semoga semua urusan anda dipermudahkan hidup di dunia dan di akhirat.
Sekarang, saya berada di Kuala Lumpur. Berada di Keramat, AU2 untuk bercuti di rumah mertua saya sebelum saya berangkat ke United States pada hari Rabu ini.
Di kelapangan yang ada, saya ambil keputusan untuk berjogging dengan rakan rakan saya yang lain di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Benda yang saya tak pernah buat selama ini.
Tak pernah terfikir nak jogging pusing tasik ini.
In total, saya jogging semalam dalam 5.5 km. Actually, bukan jogging sangat pun, just fast walk.
Ini gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang pagi semalam bersama rakan rakan saya yang lain.
Saya tiba di Taman Tasik sekitar jam 6.45 pagi, berjumpa dengan rakan rakan yang lain berhampiran Restoran Nelayan sebelum kami mula berjogging.
Selfie dulu.
Kawasan sini sangat cantik. Siap ada air pancut lagi di tengah tengah tasik.
Trek jogging yang disediakan.
Di sini jua ada kawasan Rekreasi Berkuda. Kita boleh naik kuda pada harga yang sangat murah. Anda boleh rujuk papan di atas.
Tempat nak sewa kuda.
Selfie lagi. Dengan pemandangan KLCC di belakang. Subhanallah. Cantik......
Ada titi cross tasik.
Terjumpa pulak tempat untuk bersenam. Percuma sahaja. Alat ini saya tak tahu apa nama, tapi kita duduk dan tarik besi ke bawah. Badan kita akan terangkat. Kiranya exercise untuk angkat diri sendiri.
Senaman untuk berjalan.
Berbasikal pulak. Saya ni exercise tak banyak.. Huhu.. Ambil gambar yang banyak..
Cabaran angkat kaki pulak. Nampak macam power ajer. Angkat tak sampai 10 kali. Tapi gambar mesti mau ambil. Hehe...
Ini pulak, tolak kaki ke depan dan kita akan ke belakang. Banyak sungguh alatan senaman ada di sini. Semuanya free..
Selepas tu, kami terjumpa satu kawasan orang ramai main Hola Hoop. So, kami minta izin mereka untuk nak try. Gambar atas. Abang Hafiz sedang berhula hoop.
Saya pula sedang bergelek. Sejujurnya, its a very good exercise. Banyak peluh keluar. Dan yang best, senaman ni target untuk pecahkan lemak di bahagian perut dan pinggang. Terasa macam dicubit cubit lemak lemak di pinggang tu. Sangat best.
Kami semua lepak sekejap selepas penat bergelek sebelum kami breakfast.
Ada beberapa pemerhatian yang dapat saya kongsikan dengan anda. Yang bagi saya bagus untuk kita semua sama sama ambil iktibar.
1. Ramai orang berbangsa Cina yang exercise dan berjogging. Pada pemerhatian saya, mereka sangat pentingkan kesihatan. Jika mereka tak lari pun, mereka jalan. Pusing pusing taman sambil hirup udara segar.
2. Ada Auntie umur 63 tahun, setiap hari akan bersenam di situ sekitar 1 jam. Di usia 63 tahun, saya nampak umurnya macam awal 50 an. Nampaknya, mereka yang jaga kesihatan akan kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia mereka.
3. Ada segelintir ummat Islam yang tidak menutup aurat dengan sempurna semasa berjogging. Lelaki dan perempuan. Lelaki dengan seluar pendeknya dan perempuan dengan tidak bertudung dengan sempurna dan berlengan pendek. Islam tak halang kita untuk bersukan, tapi pastikan kita mengikut syariat yang ditetapkan. It's simple. Apa yang Allah suruh, kita buat. Apa yang Allah larang kita jangan buat.
4. Jika anda nak bersemangat untuk bersenam, buatlah secara berjemaah. Apa kes pergi jogging sorang sorang. Mesti boring dan takut kita tak boleh konsisten untuk bersenam.
Saya inilah sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga ia sedikit sebanyak memberi motivasi kepada kita semua untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.
Ingat yer, senaman adalah ibadah. Allah menyuruh kita untuk kekal cergas dan sihat.
Sekian. Wassalam
Hj Mohd Firdaus Mat Saad
Jurulatih Senaman Peringkat Antarabangsa