Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Teknik Terkini : Boleh Baca Al Quran Dalam Tempoh 7 Jam

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bisnes akhirat sahabat saya iaitu Ustaz Zakaria Din.

Untuk makluman anda, saya berkenalan dengan beliau ketika mengikuti program Dr Azizan Osman. Dulu, beliau seorang pensyarah yang biasa biasa. Tetapi, selepas beliau belajar dengan Dr Azizan Osman, beliau sekarang sudah menjadi seorang yang luar biasa.

Beliau banyak mencari 'pencen kubur'. Sebelum ini, beliau telah mencipta satu kaedah untuk seseorang belajar membaca Al Quran dengan cara yang mudah.

Namun, disebabkan kurang ilmu marketing. Beliau tidak tahu bagaimana untuk mengetengahkan kaedah ini kepada masyarakat.

Alhamdulillah, selepas mempelajari teknik marketing yang betul. Sekarang beliau sudah melangkah jauh. Dan beliau mahu memperluaskan 'pencen kubur' dengan mengajar lebih ramai rakyat di Malaysia untuk mempelajari Kaedah Belajar Al Quran Dengan Menggunakan 'Kaedah Haraki' yang beliau cipta sendiri.


Menggunakan teknik ini, beliau akan mengajar seseorang yang 'BUTA AL QURAN' untuk membaca Al Quran dalam tempoh 7 jam sahaja. Ya 7 jam sahaja. Dari tak kenal Huruf Hijaiyah, sehingga pandai membaca Al Quran.

Buktinya, beliau pernah mengajar orang India untuk membaca Al Quran dalam tempoh kurang dari 7 jam. Cuba anda bayangkan teknik yang beliau gunakan. Sangat sangat hebat. 


Anda boleh lihat sendiri, pengiktirafan yang beliau terima sehingga mendapat Anugerah Gold Award untuk Kaedah Inovasi Teknik Membaca Al Quran Menggunakan 'Kaedah Haraki'.


Sekarang, beliau banyak mengadakan seminar di seluruh Malaysia untuk memperkenalkan teknik mudah ini kepada masyarakat.


Lelaki dan wanita turut menyertai program ini untuk mereka mengetahui rahsia menguasai pembacaan Al Quran dalam tempoh yang singkat. Ada di antara mereka yang di dalam gambar ini merupakan ustaz dan ustazah yang mengajar di sekolah. Mereka mahu menggunakan teknik ini untuk mengajar anak murid mereka di sekolah.


Sebahagian daripada mereka yang mengikut seminar yang beliau anjurkan.


Teknik ini sangat membantu anak anak orang asli untuk belajar membaca Al Quran.


Kaedah yang terbukti berkesan.


Inilah yang akan beliau ajar dalam tempoh 7 jam. Dari tak pandai baca Al Quran. Sehinggalah boleh membaca Al Quran.


Sahabat saya, Ustaz Zakaria ketika bertemu dengan Ustaz Harun Din untuk berkongsi teknik yang beliau cipta ini.


Kaedah ini sudah terbukti berkesan. Beliau sudah masuk dalam surat khabar Utusan Malaysia.


Turut masuk ke dalam Surat Khabar Metro

          

Ini adalah sedutan video yang beliau buatkan.

Dan yang paling best, sekarang beliau akan ke Johor. Beliau akan berkongsi teknik ini dengan warga Johor.


Insya Allah, beliau akan buat preview kaedah ini di Dewan Masjid Bandar Baru Uda, Johor Baharu.

Tarikhnya adalah pada 12 June 2014. Dari jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang. Bayaran adalah RM50 jika anda hadir seorang atau RM90 jika anda hadir 3 orang.

So, kepada para pembaca blog ini. Jika anda orang Johor, atau anda berminat untuk mengetahui Kaedah Membaca Al Quran Dalam Tempoh 7 Jam ini, anda boleh hadiri seminar separuh hari yang beliau anjurkan.

Beliau akan berkongsi preview program dengan anda.

Insya Allah, jika anda hadir anda akan nampak dengan lebih jelas preview Kaedah Haraki ini secara keseluruhannya.

Mudah mudahan, dengan ilmu yang anda pelajari ini, anda akan dapat mengajar anak anak anda untuk menguasai ilmu Al Quran dengan cara yang mudah.

Jika anda Ustaz atau Ustazah, haaa... lagilah anda perlu hadir ke program ini.

Jika Anda Berminat : Sila Hubungi Pihak Penganjur : Ustaz Syukur Sapuan di talian : 013-7977346 untuk pendaftaran.

Saya sekadar berkongsi dengan anda. Saya tidak terlibat dalam penganjuran program ini. 

Saya hanya mempromosi program ini sebagai mencari 'pencen kubur' saya. Manalah tahu, ada orang Johor yang dapat hadir. Boleh lah saya dapat 'pahala sket'.

Semoga, ramai yang dapat manfaat daripada apa yang saya sampaikan ini.

Wassalam

Master Maria Firdaus
"Mencari Pencen Kubur Buat Bekalan Hidup Di Sana"

Jika Anda Rasa Ingin Mencari Pencen Kubur, Mohon Anda Tekan LIKE Button Di Bawah Ini. Then, Add Comment Apa Yang Anda Ingin Komen. Mungkin Akan Ada Rakan Anda Yang Berminat Untuk Join. Anda Pun Dapat Pencen Kubur Sama.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles