Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Vitamin Shaklee Mengawal Eczema Farees !!

$
0
0
Assalamualaikum,

Sejak Maria mula menggunakan SET BERSALIN SHAKLEE (sila Click) pada Sept 2012, Maria memang dah jatuh cinta dengan Shaklee. Maria mula mencuba produk-produk Shaklee yang lain untuk kegunaan kami sekeluarga. Harganya memang affordable, dan yang paling penting, sangat berkesan.

Kali ini, Maria nak share tentang supplemen yang Maria berikan untuk anak sulung kesayangan kami Muhammad Farees yang kini berumur 4 tahun.

MASALAH ECZEMA

Sebenarnya, Farees dah mengalami Eczema atau Allergy sejak lahir. Maria rasa, berkemungkinan besar ia berpunca daripada pemberian Susu Formula yang mengandungi susu lembu sejak hari pertama kelahiran Farees. Ini semua akibat 'kejahilan' Maria tentang ilmu penyusuan masa tu. (Sila baca pengalaman Maria bersalinkan Farees di SINI).

Sejak dalam pantang lagi, Farees selalu ada masalah ruam dan kulit kering terutama di bahagian peha, pelipat siku dan lutut, leher dan belakang badan.

Kalau salah makan sikit, memang naiklah Eczema nya. Paling teruk waktu tengah-tengah malam, Farees selalu tak lena tidur dan menangis sebab kegatalan. Maria pun sama lah tak boleh tidur, so selalunya terpaksa beri Farees makan ubat tahan gatal supaya dia boleh tidur.

Sejak dah pandai menggaru, Farees akan garu sampai berdarah dan kena infection. Bila dah infected, ambil masa berminggu-minggu juga nak baik.

Sebelum ni, doctor cuma beri ubat sapu yang ada steroid dan moisturizer. Pakai krim steroid memang cepat baik, tapi ia cuma sementara, sekejap je confirm akan berulang lagi.

Sejak Maria tahu yang ubat sapu steroid tu tak bagus untuk long-term, Maria cuba cari moisturizer yang dibuat dari 'natural-based'. Alhamdulillah, ada lah beberapa brand yang sesuai dengan Farees.

Kami kena pastikan kulitnya sentiasa lembab, sebab kekeringan tulah yang menyebabkan kegatalan. Natural-based moisturizer, harganya memang agak mahal. Dahla kena pakai hari-hari, so memang high maintenance lah.

ALLERGY TEST

Pada tahun lepas October 2012, kami pun buat keputusan untuk melakukan RAST Test (Radioallergosorbent test) untuk mengenal pasti punca allergy Farees. Kesian Farees nangis-nangis kena cucuk ambil darah. Heheh.

Kos untuk semua allergy test di bawah ni adalah RM350 di Global Allergy Centre, Kuala Lumpur.




RAST TEST RESULTS:-

Highest Allergy (Class 6)
1) Dust Mites
2) Shrimp / Seafood

Medium Allergy (Class 2)
3) Chicken meat - kesian kan anak towkey ayam allergic to ayam :(
4) Ikan Bilis
5) Egg White
6) Cow's Milk
7) Peanut

Haa..Nampak tak betapa banyaknya benda yang Farees allergic. Kesian Farees. Banyak makanan favourite dia tak boleh makan. Tapi bila makin besar, memang susah dah nak control makanan Farees, sebab dia dah pandai ambil sendiri.

Lepas makan benda yang dia allergic macam kek (favourite dia), maka tergaru-garulah Farees ni. Memang kesian sangat tengok.

VITAMIN SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK

Selepas itu, Maria ada terbaca testimony tentang vitamin Shaklee yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami Eczema dan Asthma. Sejak March 2013, Maria pun mula memberi Mealshakes, Omegaguard (fish oil), Vitalea Kids & Chewable vitamin C kepada Farees.

Syukur Alhamdulillah, selepas 3 bulan, memang ada nampak perubahan pada Farees.

Sebelum ini, hampir setiap malam Farees akan terbangun dan menangis sebab kegatalan. Tapi sekarang dah jarang-jarang dia bangun sebab gatal.

Sebelum ini, bila salah makan je, contoh termakan kek yang diperbuat daripada telur, eczema Farees akan naik teruk. Kemudian akan ambil masa hampir seminggu untuk 'clear up'. Sekarang ni, bila eczema naik pun ia tak berapa teruk, dan dalam masa 1-2 hari dah pulih.

Walaupun belum pulih sepenuhnya, Farees dah nampak perubahan yang sangat baik. Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah temukan Vitamin Shaklee yang membantu kami mengawal masalah Eczema Farees. Mudah-mudahan Allah akan sembuhkan Farees sepenuhnya tak lama lagi.


Inilah vitamin Shaklee yang kami berikan kepada Farees. Alhamdulillah, ia membantu mengawal masalah Eczema Farees. InsyaAllah, dalam entry seterusnya Maria akan share tentang kelebihan dan fungsi setiap vitamin ini yer.
 
 
BREASTFEED, BEST FEED

Anak kedua kami, Muhammad Fateh (9 bulan) masih lagi fully breastfeed, dan Alhamdulillah setakat ini tiada apa-apa masalah allergy. Mudah-mudah Fateh akan terus sihat.

Maria percaya, hanya susu ibu yang terbaik bagi memelihara kesihatan dan antibodi bayi sejurus selepas kelahiran. Mungkin kesilapan Maria 4 tahun dahulu kerana terus beri susu formula kepada Farees selepas lahir, yang menyebabkan masalah Eczema ini.

Maria sangat berharap agar ibu-ibu lain tidak mengulangi kesilapan seperti Maria dulu. Pastikan hanya SUSU IBU untuk bayi kita sehingga berumur 6 bulan yer...


 
Anak-anak Soleh kami, Farees & Fateh
 
 
MEALSHAKES PROMOTION FOR JUNE 2013 ONLY!!
 
 
Untuk bulan ini (June 2013) sahaja, Shaklee menawarkan Buy 6 Free 1 promotion untuk Mealshakes.
 
Harga Retail Biasa RM113.75 per canister.
Harga Retail Kini hanya RM97.50 per canister. Banyak jimat tu kan?
 
Ingin kan yang HARGA LEBIH ISTIMEWA??
Hubungi Maria untuk maklumat lanjut.
 
Penggunaan:
Bawah 12 tahun : 1/2 - 1 sudu teh sehari
Dewasa : 1 sudu besar sehari
 
Sangat berkhasiat dan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga, rasa sedap dan bau macam aiskrim vanilla. Jangan lepaskan peluang menikmati HARGA RUNTUH daripada Maria untuk bulan ini!!

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919