Quantcast
Channel: Maria Firdaus
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Tidak Adakah Sedikit Rasa Kasihan?

$
0
0
Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya terbaca sebuah kisah di Facebook. Ia berkaitan apa yang berlaku di Indonesia. 

Seorang nenek tua dihukum kerana 'mencuri ubi kayu' dari ladang tuannya.

Nenek ini mencuri, bukan sebab beliau mahu mencuri. Tetapi beliau 'terpaksa' mencuri untuk memberi makan kepada cucu cucunya di rumah. Beliau seorang yang sangat miskin.

Wajah nenek yang tenang ketika dijatuhkan hukuman denda atau penjara.
Ini Kisah Yang Saya Copy Paste Dari Facebook
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
"Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
Sebenarnya banyak pengajran yang dapat kita ambil dari kisah yang berlaku ini : 
1. Jika Kita Mampu
Jika kita seorang majikan, dan kita lihat pekerja kita ada yang susah. Kita boleh 'membantu' mereka dengan pelbagai cara. Percayalah, jika kita sumbang sedikit duit buat mereka, kita tak akan jatuh miskin tetapi kita akan bertambah kaya. Tetapi, ramai orang berasa 'takut' untuk memberi kerana mereka sangka rezeki mereka akan berkurang.
Bantulah seikhlas mungkin. Sebelum memberi, berdoalah. 
"Ya Allah, aku sedekah ini semata mata kerana Mu ya Allah. Aku mohon pada Mu, Kau gantilah ia dengan sesuatu yang lebih lagi selepas ini. Jauhkanlah aku dari segala mala petaka atau bencana yang akan menimpaku".
2. Jika Kita Berkuasa
Ada kalanya, kita ada 'kuasa'. Kita bertugas di tempat tempat yang tertentu di mana kita mempunyai kuasa untuk menggunakan 'budi bicara' untuk membantu orang lain. Kita bantulah orang lain semampu mungkin.
Mungkin, amalan kita itulah yang Allah 'lihat' dan mungkin itu yang akan menjadi asbab untuk kita masuk ke dalam syurga Allah. 
Siapa tahu.
Ingatlah, barang siapa yang meringankan beban orang lain, Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat.
3. Jika Kita Hidup Sederhana
Ada kalanya, kita hidup secara sederhana. Kita nak memberi pun, kita 'rasa' kita macam cukup cukup makan. Saya nak kongsi dengan anda satu prinsip mudah.
Jika kita ada banyak, kita bagi banyak. Jika kita ada sedikit, kita bagi sedikit. JANGAN TAK BAGI. 
Memberilah walaupun nilainya 10 sen, kerana 10 sen itu akan kelihatan SANGAT BESAR DI AKHIRAT KELAK.
4. Bantulah Dengan Apa Cara Sekalipun
Dalam hidup, kita sebenarnya berpeluang untuk membantu orang lain. Tersangat banyak. Tapi, kita yang selalunya rasa macam 'liat' nak membantu.
Bantu bukan sekadar dari segi kewangan. Tetapi, membantu dari apa jua yang kita boleh bantu.
Mungkin kita boleh bantu dari segi kewangan, tenaga, akal fikiran dan pelbagai perkara lagi.
Ingatlah, Allah memberi kita banyak kesenangan. Jangan nanti Allah 'tarik' balik kesenangan yang dipinjamkan kepada kita kerana kita 'TAK SUKA' membantu orang lain.
Saya rasa cukuplah dulu perkongsian saya untuk hari ini. 
Semoga, kita semua dapat belajar sesuatu hari ini.
Mohd Firdaus Mat Saad
"Memberi Inspirasi Dan Motivasi Untuk Diri Sendiri Dan Insan Lain"
Jika anda rasa posting ini bagus dan bermanfaat, mohon anda LIKE posting ini. Mungkin ia akan memberikan 'sedikit' pencerahan kepada rakan rakan kita yang lain.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles