Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Pengalaman Menyertai Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ) Dr Azizan Osman

Assalamualaikum,

Minggu lepas, saya bersyukur Allah memberi keizinan kepada saya untuk menghadiri program Rahsia Kuasa Minda Jutawan iaitu salah satu program Platinum Dr Azizan Osman.

Sebelum ini, saya sudah pun menghadiri program Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan. Saya rasa, saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang lebih mendalam mengenai rahsia kejayaan dunia dan akhirat.

Sebab itulah saya mengambil peluang untuk hadir ke program ini.

Untuk pengetahuan anda, harga untuk menyertai program ini adalah RM3997 seorang untuk program selama 4 hari. Kos ini termasuk program dan juga makan 2 kali sehari. Penginapan tidak termasuk dalam kos ini.

Just nak share dengan anda sedikit gambar saya semasa menyertai program Rahsia Kuasa Minda Jutawan ini.


Program RKMJ. Bertempat di Menara PGRM, Cheras. 


Berjumpa dengan Saudara Azhar Jalil. Untuk pengetahuan anda, beliau adalah seorang usahawan yang baru bermula pada Februari 2014. Dan sekarang, April 2014 sudah pun memperoleh pendapatan 5 angka sebulan melalui bisnes yang beliau jalankan. Tahniah kepada Azhar. Umur pun baru 25. Belum kahwin lagi ni. 

Anda jangan terkejut ya, di program RKMJ ini, kami diminta untuk memakai selipar dan juga seluar yang longgar. Sebab itulah anda tengok saya hanya pakai seluar track sahaja.


Salah seorang peserta yang sedang berkongsi pengalaman mereka menyertai program ini dengan staf Richworks.


Lagi peserta yang sedang diinterview untuk perkongsian apa yang mereka belajar dari RKMJ.


Bertemu dengan Multi Millioanaire. Abg Li. Allahuakbar. Saya suka bersembang dengan beliau. Beliau ibarat abang yang tak jemu jemu berkongsi dengan saya pelbagai tips dan rahsia untuk menjadi kaya dan berjaya dengan mudah.

Sebab itulah bagi saya, sangat penting untuk bertemu dengan mereka yang sudah berjaya. Banyak pengalaman mereka yang boleh saya pelajari dari mereka. 


Bergambar bersama John. Salah seorang speaker dalam program ini. Beliau adalah seorang pakar dalam pernafasan. Antara yang terbaik di dunia. Beliau mengajar kami cara bernafas dengan betul. 


"Macam pernah ku lihat dia ni. Tapi di mana ya?" 

Bergambar dengan Saudara Afdlin Shauki


Member saya ini, Saudara Hafiz. Baru berusia 28 tahun. Tapi sudah pun mempunyai empayar perniagaan yang sangat besar. Sudah mampu untuk memakai kereta mewah BMW pada usia muda. Tahniah Hafiz.


Bergambar dalam dewan sesudah habis program. FYI, kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa program berlangsung. So, dah habis program. Semua orang berebut nak ambil gambar atas pentas.


Saya pun apa lagi, naik la atas pentas. Hehe.. Ambil aura.


Nak berjaya dalam bisnes. Mesti anda M.E.S.T.I. Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan & Impian


Link untuk kami memberi feedback program


Atas pentas, ada TV untuk DAO sebagai panduan beliau bercakap.


Saya sedang ambil feel. Seolah olah saya yang sedang bercakap dengan ribuan khalayak dihadapan saya. "Minds Create Reality"


Bersama saudara Basit. Taiko printing. Baru berusia 25 tahun. Tapi, perniagaan beliau sangat sangat berjaya. That's why saya selalu cakap. Nak berjaya, mesti ada ILMU.


Di dalam dewan, kami melepaskan belon udara sebagai simbolik kepada kami melepaskan semua yang negatif dalam diri kami.


Bersama saudara Ithnin. Beliau ada bertanya kepada saya rahsia kejayaan saya dalam bisnes. Sempat berkongsi dengan beliau sedikit ilmu saya. 


Ithnin dan Siti Salwa, pasangan suami isteri yang turut menjalankan bisnes Shaklee.


Antara member yang rapat dengan saya. Semuanya usahawan yang sangat berjaya. Dari kiri, Yusuf seorang multi millionaire. Sebelahnya Basit, seorang pakar dalam pembuatan roti. Di belakang saya, Syukur seorang pakar dalam online marketing, sebelah saya Basit, pakar printing dan sebelahnya Shahrul. Pakar anai anai.


Tidak ketinggalan Imam Baihaqi. Seorang pakar Roti John dari Rawang.


Papan feedback daripada para peserta.

Sejujurnya, saya bersyukur Allah memilih saya untuk berada di dalam program ini.

Bagi saya, Dr Azizan mendedahkan kepada kami rahsia minda orang yang bergelar jutawan. Bagaimana mereka berfikir. Semua ilmu itu sangat penting. Ia ibarat menaiki lif untuk naik ke tingkat 4. Sedangkan orang yang tidak ada ilmu ini terpaksa naik menggunakan tangga.

Anda jangan bertanya saya, apa yang saya belajar dari program ini. Dr Azizan tak bagi kami ajar orang lain ilmu itu. Anda nak tahu, anda pergi sajalah. RM3997. Sangat murah dan insya Allah akan mengubah hidup anda.

Salah satu rahsia yang diajar dalam RKMJ adalah salah satu perkara yang saya kongsikan dalam Ebook yang saya tulis. Jika anda berminat untuk membacanya, anda boleh DOWNLOAD PERCUMA. Sila layari www.ebookniaga.com/sorryboss/maria

Semoga bermanfaat untuk anda.

Mohd Firdaus Mat Saad
"I Add Value To Other People's Life"

Sila layari : www.pelajarcemerlang.com   Saya kongsikan pengalaman saya menjadi pelajar terbaik dahulu di University of Sheffield. PERCUMA.

Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat, Sila Tekan LIKE Button Di Bawah. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 919

Trending Articles